Header Ads

ads header

Flash News

Mujahid tak layak jadi menteri agama


PERKASA merujuk kepada akhbar dalam talian, mstar.com.my

Tajuk beritanya ialah "Tiada lagi operasi khalwat waktu malam - Dr Mujahid" diterbitkan pada Sabtu, 6 Oktober 2018 9:45 pagi.

Mujahid dilaporkan berkata "Tiada lagi ketukan pintu di waktu tengah malam oleh pihak berkuasa agama yang menyiasat laporan khalwat atau salah laku lain".

Bagaimana jika ada jiran melaporkan kepada penguatkuasa agama bahawa ada berlaku kes khalwat atau minum arak oleh orang Islam dalam kawasan perumahan mereka? Kita ada undang undang. Adakah salah jika penguat kuasa memberi respon kepada laporan jiran tersebut walaupun ia berlaku pada tengah malam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa juga menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh orang Islam di belakang pintu tertutup bukanlah urusan pihak kerajaan.

Jika ia bukan urusan kerajaan, di manakah kita hendak letak hadis nabi SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia ubah dengan tangannya (kekuasaan), jika tidak mampu, dengan lidahnya, jika tidak mampu juga, dengan hatinya, dan itu adalah selemah lemah iman."

Soal cegah kemungkaran adalah tanggung jawab kerajaan juga dan bukan hanya masyarakat atau ibu bapa.

Beliau juga dilaporkan berkata: "Katakan anda melakukan sesuatu dalam ruang peribadi anda, saya tidak akan campur tangan."

"Sebagai contoh, pengambilan alkohol adalah satu kesalahan bagi seorang Muslim, tetapi jika anda melakukan perbuatan itu di dalam kawasan anda, maka sebagai sebahagian daripada kerajaan, saya tidak akan campur tangan,".

Adakah kata-kata ini keluar dari mulut seorang menteri agama"? Jika benar, beliau sebenarnya tidak layak menjadi menteri agama kerana kata-katanya jelas menunjukkan beliau tidak faham tanggungjawab dan fungsi menteri agama.

Eloklah beliau meletakkan jawatannya sebagai menteri yang menjaga Jakim dan hal ehwal Islam.

Cemarkan agama Islam

Beliau sebenarnya seolah-olah tidak bertanggungjawab dalam urusan agama Islam bahkan merosakkan imej kementeriannya.

Dr Mujahid perlu mengubah cara berfikir yang songsang yang boleh dilihat sebagai tidak menegakkan kesucian agama Islam bahkan mencemarkan agama Islam dengan pemahamannya yang tersasar dari maqasid syariah.

Beliau juga tidak faham maksud "belas kasihan untuk semua" (rahmatan lil alamin) bahkan terkeluar daripada konteks mencegah kemungkaran. Konsep ini disalahgunakan oleh beliau untuk menjustifikasikan pandangan peribadinya.

Beliau juga mengutuk tindakan memecahkan pintu bagi menangkap pesalah khalwat dan berharap ia tidak diulang lagi dalam pembaharuan yang mahu dilaksanakannya.

Katanya, "Penguatkuasaan khalwat ini telah disalahgunakan dan dieksploitasi dalam beberapa kes. Mereka (pegawai) tidak sepatutnya menggangu ruang lingkup peribadi seseorang individu,".

Apakah beliau masih rasional ketika membuat kenyataan ini? Kenapa beliau senada seirama dengan hujah puak-puak G25 sebelum ini?

Apakah beliau tidak faham, negara kita ada undang-undang agama dan penguatkuasa agama. Apakah sesuatu jenayah syariah tidak dianggap sebagai jenayah jika dilakukan dalam rumah peribadi?

Dari mana beliau belajar mengenai undang-undang syariah. Lebih baik beliau letak jawatan, jika tidak faham mengenai urusan agama.

Tindakan saman fitnah

Kepada yang tidak mendalami hal-hal hukum hakam Islam eloklah tidak mencampuri dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh terpalit dengan dosa-dosa yang dimurkai Allah. Ia nasihat yang ikhlas.

Jika YB Dr Mujahid Yusuf Rawa mendakwa beliau difitnah oleh sebuah media maka beliau sepatutnya segera mengambil tindakan saman fitnah terhadap media tersebut.

Dan media berkenaan juga wajar menerbitkan sepenuhnya teks rakaman penuh kenyataan YB menteri bagi menentukan siapa benar dan siapa pembohong.

Semoga kemuliaan Islam agama Allah tidak dipolitikkan.

DR AMINI AMIR ABDULLAH
Pengerusi Biro Hal Ehwal Agama PERKASA
merangkap anggota Dewan Tertinggi PERKASA Malaysia.


MR : Bila agaknya Mujahid nak suruh The Star minta maaf. Dia kencing pengikut dalam group kononnya tersilap tafsir....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

5 ulasan:

  1. bukan saja pembangkang berasakan sedemikian, malah totok-totok tegar juga telah mula sedar akan perkara ini: depa sebenarnya terangkat Pakatan Munafik bagi menggantikan Barisan Naji di Putrajaya.

    BalasPadam
  2. Sebenarnya ada satu kapal lagi yang diberikan kerja yang tidak sesuai. Contohnya bila Kapten U-Tun berikan jawatan penggilap meriam buat si tukang masak kapal. Tak lojik!

    Susulan itu bukan satu Malaya bahkan satu dunia ketawa bila sos tomato digunakan jadi bahan penggilap meriam. Berlemoih meriam tersebut. Bila tembak peluru tak keluar tapi sos yang menyembur.

    Mungkin bila Anwar ganti U-Tun, PATI dalam Kabinet Dapur PH akan di berikan kerja yang lebih sesuai dengan kelayakan dan pengalaman. Misalannya, pencuci tandas di kelas 3.

    BalasPadam
  3. Daripada Abu Hurairah RA, berkata; Pada suatu ketika, Nabi SAW sedang berkhutbah dengan orang ramai, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi bertanyakan kepadanya,

    “Bilakah datangnya kiamat?” Rasulullah SAW tidak menjawabnya, malah meneruskan perbicaraannya dengan orang ramai. Kerana sikap Rasulullah SAW yang demikian, sebahagian daripada para sahabat mengatakan Baginda mendengar pertanyaan itu tetapi tidak menyukainya. Dan setengah lagi mengatakan Baginda tidak mendengarnya. Setelah Rasulullah SAW selesai berbicara, tiba-tiba Baginda bertanya, “Di mana orang yang bertanya bilakah kiamat tadi?” Arab Badwi tersebut menyahut, “Saya, Ya Rasulullah SAW” Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Ketika amanah disia-siakan, maka tunggulah datangnya kiamat itu.” Ia bertanya lagi, “Bagaimana yang dikatakan amanah itu disia-siakan?” Jawab Rasulullah SAW, “Apabila suatu urusan (umat Islam) itu diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat.”

    BalasPadam
  4. memang tak layak..cuma penjilat kapir sahaja

    BalasPadam
  5. Bukan sahaja tidak layak, malah menjahamkan lagi ada lah

    BalasPadam