Header Ads

ads header

Flash News

Mukhriz Mahathir biayai anak beranak dengan elaun LADA


Bila natizen membuat teguran bagaimana semua anak-beranak Mahathir boleh pergi New York dan berada di hotel paling mahal pula tu. Mukhriz menjawab mereka biayai duit sendiri. Sedapnya jawapannya.

Cukup ke dengan gaji MB?
Atau memang dia ada banyak harta semasa ayahnya jadi PM ke-4 dulu?

Atau dia biayai dengan duit rakyat juga RM100k sebulan itu dengan jawapan pegerusi LADA perlantikan ayahandanya sendiri.



Hebat permainan politik Atuk dan Boboi.. Satu sen duit tak habis. Macam Mahathir 29 tahun bekerja mana dia guna duit sendiri dia simpan aje. Itu yang Mukhriz buat. Dia hanya guna duit rakyat duitnya dia simpan dalam tabung.

Rakyat juga terkena kencing. Tangkap Najib kerana rompak duit rakyat tapi membiarkan penyamum bermaharajalela.

.........

'Saya biaya anak saya, bukan guna peruntukan kerajaan'

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjelaskan bahawa beliau tidak menggunakan peruntukan kerajaan untuk membawa ahli keluarganya bersama ketika lawatan kerja rasmi di New York dan London, baru-baru ini.

Menurutnya, beliau mendapat surat keizinan yang jelas menyatakan lawatan rasmi itu hanya melibatkan beliau dan isteri sahaja bersama dua orang pegawai.

“Bagaimanapun, saya sendiri membiayai belanja perjalanan anak saya termasuk penginapan bukan dibiayai kerajaan seperti dipertikaikan sesetengah pihak,” katanya selepas mempengerusikan Majlis Exco, negeri di Wisma Darulaman di sini, petang semalam.

Mukhriz, beliau tidak melihat lawatan tersebut sebagai satu percutian keluarga semata-mata hanya kerana ia turut disertai anak dan isterinya.

“Saya tidak nampak ia satu masalah memandangkan ia tidak langsung menggunakan peruntukan kerajaan malah perlu saya mohon keizinan daripada Pejabat Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian, ketika diminta mengulas komen netizan yang mempertikaikan lawatannya ke Amerika Syarikat dan United Kingdom berkenaan turut disertai anak dan isterinya.

Mukhriz turut bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan delegasi Pejabat Menteri menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Sesi yang ke-73 (UNGA), baru-baru ini.

Dalam lawatan rasmi itu, Mukhriz berjaya mengadakan perjumpaan dengan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) dan beberapa pihak yang berminat terlibat dalam inisiatif di Kedah.

Hasil pertemuan itu, beliau turut berjaya mencari peluang dan dana dalam pemeliharaan hutan di Kedah.

“Selain, saya turut mengadakan pertemuan dengan ahli perniagaan yang berminat untuk melabur di Kedah dalam pelbagai bidang selain mencari peluang baik untuk dibawa balik ke Kedah,” katanya.

Susulan lawatan itu, semalam, Mukhriz mengumumkan kerajaan negeri membuat keputusan untuk membatalkan semua permohonan pembalakan di kawasan Hutan Simpan Ulu Muda.

Keputusan itu diputuskan untuk memastikan pembekalan air di Kedah dan negeri berhampirannya dapat diteruskan tanpa gangguan.


MR : Keluar poket kanan masuk poket kiri, duit Muhriz tak pernah kurang....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan