Header Ads

ads header

Flash News

Najib sekali lagi cabar k'jaan dedah dokumen urusan IPIC


Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi mencabar kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) mendedahkan dokumen berhubung perjanjian penyelesaian antara 1MDB dan International Petroleum Investment Co (IPIC) pada 2015 dan 2017.

"Jika kerajaan ikhlas untuk menegakkan kebenaran dan keadilan kepada saya, keluarkan dokumen-dokumen ini dengan keseluruhannya serta-merta dan jangan sembunyi di belakang Akta Rahsia rasmi (OSA)," katanya dalam kenyataan di Facebook.

Beliau juga mengulangi gesaan agar kerajaan memanggil pegawai kanan firma Abu Dhabi itu untuk disoal siasat bagi mengenal pasti pihak lain daripada IPIC yang terlibat dalam urusan itu.

Pada 2015, IPIC setuju meminjamkan AS$1 bilion kepada 1MDB yang ketika itu menghadapi kesukaran membayar pinjaman bank.

Perjanjian itu bagaimanapun tidak diteruskan apabila IPIC menarik diri dan menuntut 1MDB memulangkan semula wangnya.

1MDB dan IPIC mencapai perjanjian penyelesaian pada 2017 dengan 1MDB membayar semula AS$1 bilion dan RM200 juta faedah.

Najib pada Selasa lalu mendakwa dalam perjanjian itu, IPIC seharusnya membayar semula AS$3.5 bilion kepada 1MDB pada 2020.

Butiran itu tidak disertakan dalam dokumen yang diserahkan IPIC kepada London Stock Exchange, sebaliknya hanya menyebutkan bahawa firma Abu Dhabi itu dan 1MDB "bersetuju untuk berbincang cara baik" berhubung bayaran yang dibuat 1MDB kepada "beberapa pihak".

AS$3.5 bilion itu merujuk kepada dana yang 1MDB seharusnya bayar kepada syarikat subsidiari IPIC, Aabar Investments PJS. IPIC bagaimanapun mendakwa tidak pernah menerima bayaran itu.

Terdahulu, media mendedahkan bahawa 1MDB sebaliknya membuat bayaran kepada syarikat British Virgin Islands yang mempunyai nama yang sama tapi tidak mempunyai kaitan dengan IPIC - Aabar Investments PJS Limited (Aabar BVI) – yang ketika itu didakwa diseleweng oleh Jho Low dan rakan-rakannya.

Khamis lalu, Najib dan bekas ketua perbendaharaan negara Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dikenakan enam pertuduhan berhubung urusan dengan 1MDB pada 2017.

Sumber mendakwa kedua-dua mereka menggunakan dana kerajaan termasuk peruntukan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk membayar IPIC.


MR : Kalau Najib tak melayan sudah pasti dia lunyai dihentam Mahathir tiada pilihan melainkan melawan balik....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan