Header Ads

ads header

Flash News

Najib sindir Maszlee, harap kaji warna baju, bangunan sekolah


PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak menyindir Maszlee Malik hari ini dengan berkata dia berharap menteri pendidikan akan mengkaji warna baju dan bangunan sekolah.

Bekas perdana menteri berkata demikian selepas Maszlee mengumumkan kementerian akan menentukan warna stokin para pelajar selepas perbincangan dengan pihak berkepentingan selesai.

Najib menyindir Maszlee dengan berkata pemimpin PPBM itu seorang yang berpandangan jauh dan tidak faham mengapa ada orang mengkritik menteri itu.

“Warna kasut dan stokin sebenarnya penting dalam perkembangan dan pembentukan pelajar yang sempurna. Sayang sekali menteri-menteri BN dulu tidak buat kajian sedemikian,” katanya di Facebook.

Semalam, Naib Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera Datuk Ameer Ali Mydin mahu kementerian menjelaskan sama ada warna putih stokin para pelajar akan ditukar kepada warna hitam mengikut penukaran warna kasut sekolah.

Najib berkata para pelajar akan mendapat manfaat dan berjaya di masa depan dengan penukaran warna itu.

MR : Kalau Najib aktif macam ini sebelum PRU-14, rasanya taklah UMNO 'mampus' terus....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

2 ulasan:

  1. Dulu tak boleh nak buat apa sebab sibuk nak jaga anak2 buah nak tentukan mereka2 ni cukup dedak ke tidak, lagi pun dulu rakyat dah mabuk dengan fitnah dan adu domba media2 pro PH. Najib cakap la gajah rimau ke, tetap tak boleh lawan fitnah PH.

    BalasPadam
  2. Tau tk pe. Kalau najib sibuk dengan warna kasut sekolah dan setokin rasanya terlupa dia nak bagi brim kat keluarga mu.

    BalasPadam