Header Ads

ads header

Flash News

Najib tegur Guan Eng tentang kenaikan hasil 4 bulan


PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak mencemuh dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang mengatakan kenaikan 7 kali ganda Akaun Hasil Disatukan sebanyak RM3.25 bilion dalam tempoh 4 bulan kerana kecekapan pengurusan kewangan Pakatan Harapan.

Bekas perdana menteri berkata kenaikan sama pernah dicatatkan sebelum ini dan sebenarnya corak hasil dan perbelanjaan kerajaan tidak seragam sepanjang tahun serta dipengaruhi faktor-faktor bermusim.

Najib menjelaskan setiap tahun hasil bulan Mei hingga Ogos lebih tinggi daripada Januari hingga April kerana cukai Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN) akan dikutip selepas April, manakala dividen interim Petronas juga akan diterima pada pertengahan tahun.

Perbelanjaan 4 bulan pertama setiap tahun juga lebih tinggi kerana keperluan awal tahun seperti membayar bonus kakitangan awam, baucer buku bantuan sekolah, bantuan-bantuan tahunan, serta pembayaran untuk peruntukan dan program agensi kerajaan.

“Corak hasil dan perbelanjaan ini tidak berubah untuk setiap tahun. Apa yang nak dihairankan jika corak ini berulang untuk 2018? Mengapa mahu dipuji kerana corak ini berulang?” katanya di Facebook.

Semalam, Lim mengumumkan kecekapan pengurusan kewangan PH berjaya meningkatkan Akaun Hasil Disatukan daripada RM450 juta pada 30 April “yang ditinggalkan kerajaan Barisan Nasional” kepada RM3.70 bilion pada 31 Ogos.

Najib bagaimanapun tidak bersetuju dengan Lim.

“Dia kata ini bukti dia lebih pandai kerana mereka mengamalkan prinsip CAT. Saya nak tanya adakah huruf T dalam CAT ini bermaksud ‘Tipu’ atau ‘Temberang’?” katanya.

Selain penjelasan tentang corak hasil dan perbelanjaan tahunan, Najib berkata dia difahamkan Petronas dan Khazanah diminta menaikkan dividen sebanyak 50% untuk tahun ini.

Beliau juga berkata dia diberitahu kerajaan memberhentikan banyak projek, menghentikan atau melambatkan bayaran bagi bayaran balik input GST dan bayaran balik LHDN, yang diterima untuk Mac sehingga Ogos, serta bayaran untuk kontraktor dan pembekal.

“Jika tidak membayar sudah tentu perbelanjaan untuk bulan-bulan bawah kerajaan PH lebih rendah. Beranikah kerajaan PH memberi butiran terperinci bayaran bulanan untuk 4 perkara ini?” katanya.

MR : Teruk LGE kena kerja oleh Najib....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Dulu sume boleh diklentong
    Meskipun BNM kebocoran 30 bilion tiada siapa yang faham
    Dan kalaupun ada bapak Dap yang faham
    Ia hanya untuk dijadikan modal pusingan saja
    Kini semua sudah cerodik
    Hanya beberapa kerat yang tidak berapa
    Yang tersindir mampu 'pulang paku buah keras'
    Dalam hal ini ... Mader bolehlah di klentong

    BalasPadam
  2. Gebang bukan main besar tapi royal ti Kelantan dan Terengganu bila nak bayar Cinapek oii!

    BalasPadam
  3. Masuk bakul...

    1. nak orang nampak dan iktiraf apa yang dicapai walhal pencapaian yang ada bukanlah atas usaha sendiri semuanya

    2. salah satu cara untuk bangun dari perasaan inferior ialah mempamerkan perasaan superior

    Lebih hebat dari itu adalah: "nak jadi tiger of Asia semula" sedangkan hutang adalah 1 trilion dan terus menokok.

    Angan2 Mat Jenin.

    BalasPadam