Header Ads

ads header

Flash News

PAS bimbang kesediaan kewangan PH laksana RMK11


18 OKT: PAS melahirkan rasa bimbang mengenai kemampuan kerajaan PH dari segi kewangan sedia ada bagi melaksanakan apa yang telah dibentangkan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) 2016-2020 oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata isu besar yang perlu diberi penekanan ialah dari aspek kewangan walaupun pembentangan itu dilihat ‘hebat’.

“Saya fikir sejauh isu besar ialah soal kewangan walaupun nampak hebat pembentangan itu tetapi kita tahu realiti keadaannya (kewangan) yang digembar-gemburkan bahawa kerajaan PH tiada kewangan.

“Isnin depan kita tengok perbahasan dan kita yakin ada beberapa perkara perlu diberi fokus dalam pembentangan antaranya soal pembangunan wilayah, hubungan antara negeri Persekutuan, pembangunan asas kepada kerajaan, capaian internet dan kemudahan asas,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lobi Parlimen pada Khamis.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, pokok dalam pembentangan yang dibuat ialah kerajaan PH harus membuktikan kejayaan mereka melaksana terhadap perancangan yang telah dibuat.

Terdahulu, Tun Mahathir ketika sesi pembentangan usul itu berkata kerajaan tidak menidakkan kesahihan angka prestasi ekonomi negaraialah amalan peruntukan “off budget” iaitu pengasingan urusan kewangan di luar budget.

“Jika hutang, perbelanjaan, kehilangan wang berbillion diambil kira maka kedudukan kewangan negara tidaklah sebaik seperti angka yang dicatat,” katanya. Beliau turut memperincikan pelan pembangunan dalam tempoh terbabit tetapi tuurt menggariskan keutamaan kerajaan baharu untuk mengemudi Malaysia.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. kononya nak jadi 'penyelamat'

    penyelamat hutang negara

    hutang tidak turun sejak Mei

    ia sebaliknya menaik

    naik 100 bilion

    berbanding hutang sebelum Mei

    OMD!

    penyelamat perlu di selamatkan

    kalau tidak mahu terus TENGGELAM

    BalasPadam