Header Ads

ads header

Flash News

Pengetua sekolah ditahan bantu siasatan kes liwat


GEORGE TOWN: Seorang pengetua sebuah sekolah menengah di sini ditahan bagi membantu siasatan berhubung dua laporan dakwaan liwat yang masing-masing dibuat oleh murid Tahun Lima dan pelajar Tingkatan Satu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata lelaki berusia 55 tahun itu ditahan di rumahnya di Kepala Batas dan akan dibawa ke Mahkamah Butterworth esok bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

"Menurut laporan polis yang dibuat dua pelajar lelaki itu, pengetua sekolah berasrama berkenaan turut dikatakan mencabul mereka," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata dua mangsa itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk pemeriksaan oleh doktor pakar dan seorang daripadanya masih berada dalam keadaan trauma serta akan dirujuk kepada Pakar Psikatrik di Hospital Pulau Pinang untuk pemulihan dari segi emosi.

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan kes itu disiasat menurut Seksyen 377E Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Seksual Kanak-Kanak 2017.

Pada Selasa, Bernama melaporkan polis sedang menjalankan siasatan berhubung dua laporan yang masing-masing dibuat oleh murid Tahun Lima dan pelajar Tingkatan Satu, mendakwa mereka diliwat oleh pengetua sebuah sekolah menengah di sini.

Kedua-dua pelajar itu membuat laporan polis mendakwa diliwat pengetua berusia 55 tahun pada hujung minggu lalu ketika mereka menyertai program pendidikan di sekolah lelaki itu bertugas, selepas memaklumkan kejadian kepada keluarga masing-masing. - BERNAMA


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan