Header Ads

ads header

Flash News

Ponteng Sidang Parlimen, Elaun dapat, itu semua duit rakyat



Isu kehadiran Ahli Parlimen (MP) ke mesyuarat Dewan Rakyat sekali lagi dibangkitkan malam ini apabila seorang ahli Parlimen mengadu ramai MP dari kedua-dua belah gagal hadir ke sesi perbahasan meskipun isu yang dibincangkan berkepentingan nasional.

Awang Hashim (Pas-Pendang) menarik perhatian bahawa kehadiran pada sesi petang persidangan hari ini amat rendah, iaitu tidak lebih 20 peratus.

“Saya mengira dari pukul 4 petang hingga sekarang (7.30 malam) paling ramai hanya 38 orang sahaja (berada di dalam dewan) daripada 222 ahli Parlimen,” katanya semasa memulakan perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 di Dewan Rakyat, malam ini.

“Perkara itu perlu dititikberatkan jika semua pihak serius untuk membuat perubahan terhadap institusi Parlimen,” katanya.



MR : Dulu hebat serang Abdul Hadi ponteng, sekarang mereka rileks ponteng tanpa bersalah.. dasar hoipokrit....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Jawapan nya tengok video cukup tak penting dah menang

    BalasPadam