Header Ads

ads header

Flash News

Ramai bengang dengan 'YB samseng'


PERLAKUAN Exco Melaka, Norhizam Hassan Baktee terhadap beberapa penduduk kampung berhubung isu penutupan jalan di Taman Akasia, Melaka pagi Selasa mengundang kemarahan netizen.

Rata-rata mengecam cara Norhizam menyelesaikan aduan yang dikemukakan rakyat kerana dianggap kasar dan tidak berhemah.

Tular di media sosial hari ini menunjukkan salah seorang YB dari Melaka bernama Norhizam Hassan Baktee sedang meninggikan suara kepada penduduk disitu. Jika dilihat dari 2 rakaman video (rakaman kedua berada dibawah) menunjukkan YB Norhizam Hassan Baktee bertindak agak kasar selepas penduduk disitu tidak mahu ikut arahan supaya jangan menggunakan jalan itu.

Menurut kata YB di dalam video tersebut, beliau menyatakan jalan kawasan perumahan disitu akan ditutup atas aduan penduduk yang membeli rumah di kawasan tersebut. Jalan kawasan perumahan itu dijadikan sebagai jalan utama kenderaan dan ianya terletak betul betul di hadapan kawasan perumahan.

Salah seorang penduduk yang menggunakan jalan tersebut menyatakan bahawa mereka gunakan jalan tersebut untuk ke mesjid. YB Norhizam Hassan Baktee beritahu bahayanya jalan kawasan perumahan dijadikan jalan utama kenderaan atas faktor keselamatan.

Beberapa kata kata yang tidak dienak didengari menerusi rakaman video tersebut dan ini dijadikan bahan api netizen meluahkan rasa tidak puas hati kepada YB Norhizam Hassan Baktee. Video yang diambil separuh tidak menunjukkan keadaan sebenar jadi kita tidak boleh spekulasi apa apa.

Tiada kenyataan rasmi dari YB Norhizam Hassan Baktee lagi. Ini bukan kali pertama YB Norhizam Hassan Baktee dikecam kerana bertindak seperti gengster. Pernah terjadi sebelum ini.
Pada 29 Ogos lalu Norhizam pernah mengundang kemarahan netizen apabila menyerbu tempat simpanan baja orang kampung selain mendakwa mereka menyorok dan menyimpan baja subsidi.

Menurut Norhizam, klip video berkenaan ditularkan beberapa individu di laman sosial sehingga mengundang kemarahan masyarakat, malah lebih teruk dilabel sebagai 'YB samseng'.


MR : PH serba ada....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan