Header Ads

ads header

Flash News

Ringgit cecah terendah dalam tempoh 11 bulan


KUALA LUMPUR: Ringgit terus susut untuk hari dagangan ke lapan, mencecah paras terendah 11 bulan berikutan dolar Amerika Syarikat (AS) yang semakin kukuh.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1740/1780 berbanding dolar AS daripada 4.1730/1770 Jumaat.

Peniaga berkata, dolar AS terus mengukuh dengan mana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS berkembang 3.5 peratus pada suku ketiga, dengan inflasi rendah dan peningkatan dalam perbelanjaan pengguna.

"Ini menjurus kepada pengukuhan dolar AS dan menarik lebih ramai pelabur ke AS," katanya kepada BERNAMA.

Katanya, sungguhpun harga minyak menokok kepada AS$77.94 satu tong, pelabur masih tidak memasuki pasaran, menanti pengumuman Bajet 2019 Jumaat ini.

"Sehingga hari bajet, adalah dijangka pelabur akan mengambil sikap tunggu dan lihat, dalam cubaan memahami hala tuju kerajaan baharu," katanya.

Bagaimanapun, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih lemah berbanding mata wang utama.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0222/0256 daripada 3.0154/0189 Jumaat, tetapi berbanding yen ia mengukuh kepada 3.7281/7327 daripada 3.7282/7321.

Ringgit menguncup berbanding pound British kepada 5.3544/3612 daripada 5.3419/3495 dan susut berbanding euro pada 4.7538/7596 daripada 4.7384/7438. - BERNAMA


MR : Itulah hebatnya Mahathir dan Lim Guan Eng yang ramai tak tahu....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan