Header Ads

ads header

Flash News

‘Saya sayang Mahathir umpama bapa saya’ kata Anwar


PORT DICKSON - Calon PH di PRK Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau menyayangi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad umpama bapanya.

Beliau membuat pengakuan itu di hadapan ribuan rakyat Port Dickson dalam Ceramah Mega Mahathir - Anwar, sebentar tadi.

Malah Anwar sekali lagi menegaskan beliau merasakan Dr Mahathir merupakan individu paling tepat untuk memimpin Malaysia pada masa sekarang.

“Dalam keadaan sekarang lebih baik Tun Mahathir pimpin negara ini. Saya sebut ini dengan ikhlas.

“Saya sayangkan beliau seperti bapa dan pemimpin. Sekarang, saya terima beliau adalah individu terbaik untuk memimpin Malaysia,” katanya ketika berucap di dalam ceramah tersebut.

Secara berseloroh, bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengatakan kunjungan Dr Mahathir ke Port Dickson adalah kerana ‘semaraknya kasih yang terbekam sejak dulu’.

“Sebagai Perdana Menteri, beliau tak pernah datang kempen PRK. Bila dia datang sini, saya rasalah kasih yang terbekam dulu semarak semula.

“Saya tahu dia tegas walaupun nampak selalu senyum dan sikapnya juga keras. Bila dia ambil keputusan, ia selepas mengambil kira pelbagai perkara.

“Untuk semua itu, saya berikan penghormatan saya kepada anda Dr Mahathir,” ujarnya.

Tambah Anwar lagi, gandingan Mahathir - Anwar merupakan antara yang bersejarah, gandingan yang luar biasa mantapnya.

## Dia buat pengumuman "saya sayang mahathir" rupanya.. Ingatkan nak buat pengumuman tunai janji manifesto

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

2 ulasan:

  1. Seorang 'bapa' telah memecat dan menghina 'anak' nya kerana anaknya cuba 'menderhaka' kpd 'bapa'nya dan ' bapa'nya menghantar 'anak'nya ke penjara kerana kesalahan liwat dan 'anak' nya ditumbuk sehingga lebam matanya.

    Inilah drama keluarga Maha Fir aun Liberal Tertua Di Dunia yang telah menghina Islam dan menafikan hak umat Islam.

    BalasPadam
  2. Pasangan duo paling tuo dalam dunio, tido sebantal mimpi lain2.

    BalasPadam