Header Ads

ads header

Flash News

Saya tidak terbabit skandal ketirisan dana FINAS


KUALA LUMPUR: Penstrukturan semula pengurusan FINAS oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) oleh Menterinya, Gobind Singh Deo dilihat sebagai langkah memastikan kelancaran tadbir urus FINAS sebagai badan menyelia segala bentuk berkaitan perfileman tanah air.

Ketua Pengarah FINAS, Datuk Fauzi Ayob berkata, beliau amat mengalu-alukan keputusan yang dibuat oleh menteri demi kelancaran dan ketelusan dalam apa bentuk sekalipun yang berkaitan dengan FINAS.

Beliau berkata, selama ini FINAS memang memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan mutu dan pengeluaran filem tanah air.

“Penstrukturan FINAS serta pertukaran saya sebagai Ketua Pengarah FINAS dan Datuk Azmir Saifudin Mutalib sebagai Timbalan Ketua Pengarah dikaitkan dengan skandal ketirisan dana berjumlah RM16 juta.

“Dana ini diberikan kepada beberapa buah syarikat perfileman pada tahun 2015 sehingga 2016 untuk menerbitkan tujuh buah filem dan satu filem animasi.

“Bagaimanapun, syarikat filem terbabit gagal menyiapkan projek berkenaan dan selaku Ketua Pengarah FINAS ketika itu mungkin saya bertanggung jawab atas segala projek yang diluluskan pegawai FINAS sebagai usaha untuk merangsang kegiatan perfileman dan membantu penggiat perfileman tanah air,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, mengenai isu berkaitan ketirisan dana untuk projek berjumlah RM16 juta yang diluluskan pada 2015 sehingga 2016, ia di luar bidang pengetahuannya kerana kesemua projek itu diluluskan oleh pegawai kanan FINAS sebelum beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah.

“Oleh itu, ingin saya jelaskan di sini bahawa kesemua projek yang dikaitkan dengan kegagalan itu, saya tidak terbabit sama sekali kerana kesemua projek berkenaan diluluskan sebelum saya menerajui FINAS sebagai Ketua Pengarah pada 2017,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menerima dengan hati terbuka atas segala keputusan yang dibuat oleh pihak menteri bagi memastikan pengurusan dan perjalanan FINAS dapat bergerak lancar demi membangunkan industri filem negara.

Beliau turut berharap segala masalah ketirisan dana dan skandal kewangan dalam FINAS dapat dirungkai segera kerana ia bukan saja membabitkan maruah dan kepercayaan rakyat kepada badan kerajaan, malah diharap dapat membantu meningkatkan pengeluaran serta mutu perfileman.

“Saya sendiri perlu membersihkan imej dan reputasi sebagai pegawai kerajaan yang dipertanggungjawab memegang amanah demi rakyat dan negara,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha KKMM, Shakib Ahmad Shakir, akan menjalankan tugas sementara Ketua Pengarah FINAS manakala Timbalan Setiausaha Bahagian Kewangan KKMM, Fairul Azida Shahabudin pula menjalankan tugas sementara Timbalan Ketua Pengarah FINAS berkuatkuasa semalam.


MR : Najib lagi,,,....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan