Header Ads

ads header

Flash News

Selepas Ini Anwar jika nak lakukan liwat dia selamat jika dibuat di Premis Peribadi


Saya jumpa beberapa orang UMNO dalam kempen di PD. Antara saya terkejut apabila mereka berkata "Tuan selepas ini Anwar bebas untuk liwat sesiapa pun, pihak berkuasa tak akan kacau. Kalau dia buat kerja tu terkutuk tu di premis peribadi".

Saya tertanya-tanya, mungkin kenyataan ini merujuk kepada Anwar sangat bebas menggunakan kemudahan kerajaan lebih daripada Menteri. Bila menang dan menjadi PM tentulah Anwar bebas nak buat apa sahaja.

Tapi jawapan bukan. Rupanya bukan itu maksud mereka (UMNO). Mereka merujuk kepada Menteri Agama parti Leberal Islam Amanah yang memberikan lesen untuk membuat maksuat di permis peribadi.

......


Tiada lagi operasi khalwat waktu malam dan Premis Peribadi - Dr Mujahid

KUALA LUMPUR: Tiada lagi ketukan pintu di waktu tengah malam oleh pihak berkuasa agama yang menyiasat laporan khalwat atau salah laku lain.

Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh orang Islam di belakang pintu tertutup bukanlah urusan pihak kerajaan.

"Katakan anda melakukan sesuatu dalam ruang peribadi anda, saya tidak akan campur tangan.

"Sebagai contoh, pengambilan alkohol adalah satu kesalahan bagi seorang Muslim, tetapi jika anda melakukan perbuatan itu di dalam kawasan anda, maka sebagai sebahagian daripada kerajaan, saya tidak akan campur tangan," ujarnya.

Dr Mujahid yang bertanggungjawab dalam urusan agama Islam mengakui bahawa dia memikul tugas yang berat dalam mengubah imej kementeriannya.

Malah, beliau berkata, dia berhadapan pelbagai isu panas seperti LGBT, perkahwinan bawah umur, kes liwat tahfiz dan sebagainya sejurus menerima jawatan itu.

Dalam temu bual eksklusif bersama The Star, Dr Mujahid berkata, beliau cuba untuk mengubah cara berfikir yang disifatkannya sebagai "konservatif agama" dalam kalangan penjawat awam yang mahu menegakkan kesucian agama Islam dengan pemahaman mereka sendiri.

Tambahnya, Islam yang dikehendaki beliau adalah berkonsepkan "belas kasihan untuk semua" (rahmatan lil alamin).

"Kisah kerajaan Islam akan diterjemahkan ke dalam dasar kita, semua aktiviti kehakiman Islam, semua hubungan kita dengan agama lain.

"Islam yang mengasihi tidak membahayakan kepentingan rakyat atau kepentingan perpaduan dan keharmonian negara," katanya.

Malah, dia turut mengutuk tindakan memecahkan pintu bagi menangkap pesalah khalwat dan berharap ia tidak diulang lagi dalam pembaharuan yang mahu dilaksanakannya.

"Penguatkuasaan khalwat ini telah disalahgunakan dan dieksploitasi dalam beberapa kes. Mereka (pegawai) tidak sepatutnya menggangu ruang lingkup peribadi seseorang individu," ujar beliau lagi.


DAP sangat kesal dengan PAS dan sangat gembira Islam Parti Liberal AMANAH. Saya masih hairan kenapa orang IKRAM masih tak faham boleh bersama pertubuhan IKRAM yang bersubahat dengan pengkhianatan perjuangan Islam. Saya syorkan keluar IKRAM, kalau tak nak masuk PAS anda boleh bergiat dengan ISMA, HALUAN atau mana-mana pertubuhan lain.

3Z

MR : Tahniah pengundi yang memberikan Mujahid lesen membuka pintu maksiat di negara kita....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

2 ulasan:

  1. Puak munafik liberal adalah pesakit mental yang kronik kerana mereka tidak mahu pihak berkuasa bertindak ke atas semua bentuk jenayah kemungkaran dan kesesatan yang dilakukan secara tertutup.

    Ini bererti jika puak liberal mahu melakukan seks secara beramai-ramai ditempat tertutup, pihak berkuasa tidak boleh campurtangan.

    Nampaknya puak munafik liberal telah mencapai tahap kebabian tertinggi.

    Bukankah rogol, samun, simpan wang berjuta ringgit, pemunuhan, curi dll juga berlaku di tempat tertutup?

    Kepala bapak munafik liberal seolah-olah telah membaham pil kuda maka tidak hairanlah kepala bapak munafik liberal merepek dan merapu mendesak rakyat diberi kebebasan melakukan kemungkaran dan kesesatan di tempat tertutup hari ini !

    BalasPadam
  2. Ajaran SESAT kepala bapak liberal menyatakan manusia boleh berzina ditempat tertutup di waktu malam ( seolah-olah dosa tidak wujud di waktu dan tempat tersebut kerana malaikat tidak mencatat di luar waktu pejabat).

    Puak munafik liberal sangat sesat lagi menyesatkan. Merekalah musang berbulu ayam yang cuba memusnahkan ajaran Islam dan menyesatkan umat Islam dari dalam.

    Kebenaran berzina ini adalah pendahuluan kepada tanda akhir zaman iaitu bebas berzina ditepi jalan.

    BalasPadam