Header Ads

ads header

Flash News

Selepas tular gambar dalam tab mandi, Syed Saddiq nasihat media fokus isu lebih penting


KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menasihatkan pihak media agar memberikan tumpuan kepada isu yang lebih penting berbanding gambarnya tanpa baju yang tersebar di media sosial.

Gambar Syed Saddiq yang menunjukkan beliau tidak mengenakan baju di dalam sebuah tab mandi menerima kritikan daripada rakyat Malaysia. 
 
 
"Saya hanya memberikan komen ke atas isu mustahak (di Dewan Rakyat), dan mencadangkan anda (media) fokus kepada perkara itu sekarang.

"Anda perlu berhati-hati menulis berita. Kalau boleh, buat liputan tentang isu yang lebih penting," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen pada Selasa.

Syed Saddiq pada Sabtu memuat naik gambar itu di kedua-dua akaun Twitter dan Instagram beliau, namun memadamkannya selepas dikritik oleh netizen.

Gambar itu menunjukkan menteri termuda berusia 25 tahun melakukan terapi air sejuk selepas perlawanan bola sepak persahabatan yang diadakan bersempena Hari Sukan Negara 2018 pada Sabtu.

Gambar berkenaan menunjukkan abdomen badan beliau kepada 613,000 pengikutnya di Twitter.

"Selepas menjaringkan gol keemasan, (saya) segera merendam diri dalam ais. Permainan yang baik @dugongallstars," tulis Syed Saddiq pada tweet tersebut.

Sesetengah rakyat Malaysia, bagaimanapun, menyifatkan posting tersebut tidak sesuai dengan jawatanya sebagai seorang menteri. - The Star

MR : Taraf menteri budak-budak, itu yang mampu disediakan oleh PH....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. yang pergi memuat naik gambar itu apa pasal lepas itu nak marah marah biarlah orang nak komen terime sajalah atau ajak pengkomen berdebat

    BalasPadam