Header Ads

ads header

Flash News

Sibuk Kecam Kelantan, Pulau Pinang Pula Banjir


SEJURUS selepas menghalakan kritikan kelemahan pentadbiran kepada negeri Kelantan, negeri yang Lim Guan Eng menjadi ketua menterinya sehingga Mac lalu, Pulau Pinang mengalami insiden memalukan pagi ini apabila banjir berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA).

Kejadian selepas jam 9 pagi ini segera menjadi bahan trol di media sosial, pada masa pertengkaran terbuka antara Lim dengan pemimpin kerajaan Kelantan.

Insiden ini merupakan kali kedua Pulau Pinang mengalami banjir yang teruk selepas pemimpin parti DAP mengecam masalah negeri Kelantan.

Lim baru-baru ini mendedahkan surat rasmi yang menyatakan pemberian bantuan kepada negeri Kelantan dari kerajaan persekutuan, sesuatu yang sepatutnya tidak menjadi isu apatah lagi untuk diungkit sebagai pertolongan kepada negeri Kelantan.

Pada November dan Disember tahun 2017, Pulau Pinang mengalami banjir terburuk hingga memaksa Lim meminta bantuan daripada kerajaan persekutuan.

Pulau Pinang yang tidak bersedia mengalami insiden itu lumpuh dan kerajaan negeri tidak dapat berbuat apa-apa sejurus kejadian berlaku.

Lim pada masa itu muncul dalam satu rakaman video memohon bantuan daripada kerajaan persekutuan sambil menangis.

Kejadian banjir tahun lalu itu dikaitkan dengan pembangunan yang tidak terkawal di kawasan berbukit yang giat dijalankan sejak DAP memerintah negeri itu dengan Lim sebagai ketua menteri.

Kejadian banjir di lapangan terbang Pulau Pinang hari ini menambahkan lagi insiden banjir kilat yang mengakibatkan gangguan dan kerosakan di negeri itu, yang semakin kerap dilanda banjir kebelakangan ini.

Pengurus kanan PIA, Nadzim Hashim dilaporkan berkata kawasan paling terjejas ialah tempat parkir pesawat turboprop, di mana paras air setinggi buku lali dan melimpah ke balai pelepasan bagi pesawat berenjin turboprop.

Beliau berkata, 28 penumpang sebuah penerbangan terpaksa meredah air untuk menaiki pesawat ke Subang yang berlepas pada 9.40 pagi, manakala pesawat lain sempat dilencongkan ke balai pelepasan lain. – Mynewshub.tv


MR : Dah banyak kali berlaku tapi masih belum serik, agaknya kalau ada gempar bumi di PP baru mereka nak insaf....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan