Header Ads

ads header

Flash News

Sudah tiba masanya Umno sertai PAS


ALOR SETAR: PAS mempelawa ahli Umno agar menyertai parti itu untuk membentuk gabungan yang kuat selepas parti berteraskan bangsa Melayu itu tewas besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim TuanMan berkataparti itu sentiasa membuka pintu kepada anggota Umno untuk berbuat demikian kerana pada masa sama tidak mungkin parti itu akan membentuk kerjasama dengan Umno.

"Saya sudah lama ajak mereka (Umno) masuk PAS. Bila mereka sudah hilang kuasa pada PRU lalu, saya rasa sudah tiba masanya untuk mereka sertai PAS, bukan PAS yang akan sertai Umno.

"Apa yang berlaku pada PRU lepas adalah kerana rakyat tolak Barisan Nasional (BN), jadi atas sebab itu kita buka pintu kepada BN dan Umno untuk sertai PAS," katanya ketika ditemui selepas Majlis Himpunan Kesyukuran Pasca PRU14 di Kompleks PAS Kedah di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bahawa Umno dan PAS perlu bergabung dan membentuk kerjasama yang dapat memberikan cabaran kepada Pakatan Harapan (PH) dan dalam masa sama menjaga kepentingan Melayu.

Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim menyatakan kesediaan PAS sekiranya dijemput untuk berada dalam jawatankuasa yang akan ditubuhkan kerajaan bagi melihat dan mengkaji semula peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Saya minta kerajaan kekalkan peranan Jakim selain mempertingkatkan jabatan itu. Jakim mendapat pengiktirafan dunia apabila cop halalnya diiktiraf seluruh dunia selain jabatan tersebut bertanggungjawab untuk menyelaras isu-isu agama Islam dan sistem perundangan negara," katanya.

Sementara itu, diminta mengulasmengenai tawaran PAS kepada Pakatan Harapan untuk mewujudkan kerajaan gabungan di Kedah, beliau berkata perkara itu disuarakan bagi mengelak berlakunya Pilihan Raya Negeri (PRN) berikutan isu perlantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Itu jalan keluar yang ada tetapikalau mereka tidak terima kita sedia untuk hadapi PRN. Tetapi rakyat baru sahaja selesai mengundi jadi kalau boleh kita ingin elak PRN daripada berlaku, namun kitalihat sahaja keputusannya nanti," katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkatatimbul sedikit kesulitan berhubung pelantikan jawatan Speaker di DUN Kedah berikutan Pakatan Harapan (PH) yang membentuk kerajaan negeri memperoleh 18 kerusi DUN pada PRU14, menyamai jumlah 18 kerusi yang dimiliki PAS dan BN iaitu masing-masing 15 dan tiga kerusi. - BERNAMA

MR : Daripada UMNO keluar masuk PH untuk menyuci diri daripada tuduhan adalah lebih baik bersama PAS untuk perkuatkan Islam dan Melayu....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

5 ulasan:

  1. Bukan umno sertai PAS, tapi bubarkan dan kuburkan Umno supaya ahli2 nya tiada pilihan kecuali menyertai PAS. Jgn bagi peluang utk mereka menumpang dan regroup. Silap hari bulan kena khianat lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku setuju. Tapi ahli2 UMNO akar umbi ni bukan berperangai macam pemimpin2 mereka. Mereka ni semuanya baik2 belaka dan cuma ingin mempertahankan Tanah Melayu dari dikuasai oleh pendatang asing. Akar umbi ni sangat2 mengharapkan pemimpin2 mereka. Tapi pemimpin2 mereka ni bagaikan pepatah Melayu " HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI" sedihnya mereka ahli UMNO akar umbi.

      Padam
  2. Minta maaf pemimpin Pas... kami penyokong Umno tidak berminat nak masok Pas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mr presiden kalau tak nak masuk PAS tak mengapa. Masuk aje Bersatu. Baru sesuai dengan selerakan? UMNO tak lama lagi akan dibubarkan.

      Padam
  3. Hanya marauh yang hilang dan tiada nilai darai yang menonong-nonong bersatu dengan mungge walhal ada pilihan lebih baik: Pas, PKR,Pan dan Dap yang jauh lebih bermaruah.

    BalasPadam