Header Ads

ads header

Flash News

“Tok Mat Mangsa Terbaru Malaysiakini”, Ahli MT UMNO Selar Wartawan Tak Berintegriti

SHAH ALAM – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Mohd Khusairi Abdul Talib menyelar laporan portal Malaysiakini yang didakwa memutarbelit kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berhubung pendakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Khusairi merujuk kepada laporan portal itu bertajuk ‘Zahid mungkin perlu bercuti’ yang memetik temubual wartawannya bersama Mohamad atau Tok Mat semalam.

Ketua UMNO Bahagian Tanjong Malim itu mendakwa Tok Mat tidak sama sekali menyebut bahawa Zahid mungkin perlu bercuti sebagaimana intro berita yang disiarkan.

“Pagi ini secara peribadi Tok Mat menghubungi saya menceritakan situasi sebenar percakapannya dengan wartawan Malaysiakini semasa beliau hadir memberi sokongan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semalam.

“Ketika menjawab soalan wartawan portal itu semalam, Tok Mat tidak sama sekali menyebut bahawa DS Zahid mungkin perlu bercuti sebagaimana intro berita yang disiarkan.

“Apa yang dinyatakan secara umum oleh Tok Mat adalah SOP parti pada 2009 yang memerlukan pemimpin UMNO bercuti jika berdepan tuduhan di mahkamah.

“SOP pada 2009 itu dibuat oleh UMNO sebagai langkah untuk menjaga integriti parti itu dan BN yang sedang memerintah ketika itu. Pendakwaan juga dibuat oleh pihak kerajaan,” tulisnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya lagi, Tok Mat menjadi mangsa manipulasi dasar kebebasan akhbar yang dahulu diperkenalkan oleh Kerajaan BN selepas era Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Malaysiakini menggunakan sepenuhnya dasar terbuka BN itu, bukan sahaja untuk menjatuhkan UMNO ketika parti itu berkuasa, malah selepas BN jatuh tersungkur.

“Adu domba untuk memecahbelahkan perpaduan UMNO kini menjadi agenda utama Malaysiakini, portal yang tidak berintegriti dan bercanggah dengan etika kewartawanan itu.

“Wartawan selaku pelapor yang berintegriti sepatutnya meletakkan kenyataan Tok Mat mahu membawa isu ini ke mesyuarat pengurusan dan memutuskannya di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO sebagai intro beritanya. Sebaliknya disebabkan sikap tidak berintegriti, wartawan berkenaan meletakkan intro yang tidak disebut pun oleh Tok Mat dalam temubual itu,” tulisnya.

Jelas Khusairi juga, bercuti bukan pilihan terbaik bagi seorang Presiden yang telah dipilih oleh akar umbi parti apatah lagi ketika UMNO kini berada di blok pembangkang.

“Apapun, sama-sama kita tunggu keputusan yang bakal dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO kerana itulah hairaki tertinggi dalam perlembagaan parti dalam membuat sebarang tindakan,” katanya.

Malaysiakini dalam laporannya bertajuk ‘Zahid Mungkin Perlu Bercuti’ yang memetik temubual bersama Tok Mat menulis ayat berkenaan pada perenggan pertama;

“Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mungkin perlu bercuti daripada menjalankan tugas-tugas parti selepas berdepan dengan tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram hari ini (semalam).”



Laporan itu pada perenggan kedua menulis “Timbalannya, Datuk Mohamad Hassan memberitahu pemberita bahawa UMNO mempunyai prosedur operasi standard (SOP) pada tahun 2009 yang memerlukan pemimpin tinggi bercuti jika berdepan tuduhan jenayah di mahkamah”.

Malaysiakini juga melaporkan, Tok Mat berkata perkara itu bagaimanapun akan dibincangkan oleh jawatankuasa pengurusan parti itu.

Zahid semalam mengaku tidak bersalah atas 45 pertuduhan pecah amanah, menerima wang rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM100 juta. Beliau dibenarkan bebas dengan jaminan RM2 juta.

Mahkamah menetapkan 14 Disember ini untuk sebutan kes. -SuaraTv

MR : Malaysiakini dan UMNO sama-sama putar belit....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Mkini tidak buat apa-apa

    Mereka hanya menyimpulkan kenyataan Tok Mat saja

    Yang menjadikan UMNO berada dalam kemaluk sekarang adalah diri semdiri.

    Kebarangkaliannya bukan UMNO saja

    Dap juga bakal menyusul dengan kemaluk yang sama.

    BalasPadam
  2. Mkini tukang spin cerita. fokus perkara lain dari yang sepatutnya.

    BalasPadam
  3. Saya Kehilangan banyak uang waktu untuk perusahaan pinjaman palsu mencoba untuk mendapatkan pinjaman. tetapi itu tidak terjadi lagi.

    Yah, saya melihat komentar di blog oleh Marianne Low yang memberi kesaksian tentang mendapatkan pinjaman dari seorang ibu Susan bowman, yang saya pikir menjadi salah satu perusahaan palsu ini. Kemudian saya memutuskan untuk menghubungi dia dan mencobanya lagi .... Yang sangat mengejutkan saya setelah mengikuti semua prosedur yang diberikan kepada saya oleh ibu Susan. Kemudian dia meyakinkan saya bahwa saya akan dibiayai oleh bank langsung dari Indonesia yang harus saya pegang. Saya menunggu sampai pinjaman saya diproses dan disetujui dan kemudian saya mendapatkan pinjaman saya saya mengajukan permohonan untuk langsung ke rekening bank saya tanpa biaya tambahan ... Semoga Allah memberkati ibu Susan untuk pekerjaan luar biasa yang dia lakukan ..... Sebagian besar teman saya yang membutuhkan pinjaman juga diterapkan dan mereka mendapat pinjaman juga ....

    Anda dapat menghubungi ibu Susan bowman dengan email ini (Susanbowmanloancompany@gmail.com)
    Juga di whatsapp +18597771805
    untuk pinjamanmu sendiri dia tidak menipuku

    Dan jika Anda juga dapat menghubungi saya di email ini jika Anda takut: aelok36@gmail.com

    BalasPadam