Header Ads

ads header

Flash News

Tunggu lakonan Anwar dan Mahathir di Port Dickson


Antara isu yang sukar Anwar menjawab di PRK Port Dickson ialah tentang Mahathir dan Azmin mengatur strategi bagi membiarkan Anwar kalah atau pun sekurang-kurangnya majoriti Anwar kecil.

Anwar berusaha untuk menangkis serangan ini dan dia berjaya bawa Azmin bersama dalam kempen di PD. Azmin pula jenis orang yang "makan dalam" ikut aje permaianan Anwar.

Jadi usaha seterunya nak bawa pimpinan PH yang lain dan paling sukar ialah nak bawa Mahathir.



Mari kita lihat gelagar Mahathir dan Anwar. Aganya kali ini Mahathir nak buat macam mana?

..............

Dr M akan berkempen untuk Anwar di Port Dickson


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad akan berkempen untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim di pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson bagi menangkis khabar angin beliau tidak sehaluan dengan presiden PKR itu.

“Saya bersama semua pemimpin parti akan menghadiri sebuah majlis pada 8 Oktober ini,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan AlBukhary, hari ini.

Dr Mahathir yang sebelum ini menyatakan beliau tidak akan berkempen untuk Anwar di Port Dickson, mengubah fikiran selepas “pelbagai perkara” yang dikatakan mengenainya.

“Mereka cakap mengenai pertengkaran dengan Anwar. Kemudian mereka kata saya tak sokong Anwar sebab pertengkaran itu.”

Pengerusi PPBM itu turut menolak dakwaan Anwar menggunakan sumber kerajaan ketika berkempen di Port Dickson, susulan laporan beliau menghadiri sebuah program bersama Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu pada Rabu lalu.

“Ia bukannya majlis kerajaan, ia adalah majlis veteran.

“Ada menteri hadir, tetapi ia bukannya majlis kementerian,” katanya merujuk Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia kepada veteran tentera Zon Port Dickson, kelmarin.

Dalam majlis itu, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu memberi jaminan kebajikan tentera akan dijaga, jika Anwar menang pada 13 Oktober ini.

Kerusi Parlimen Port Dickson kosong susulan peletakan jawatan Datuk Danyal Balagopal Abdullah untuk memberi laluan kepada Anwar kembali ke Parlimen.

Anwar akan berdepan 6 pencabar lain, iaitu Mohd Nazari Mokhtar yang mewakili PAS dan 5 calon bebas – bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad, Stevie Chan, Lau Seck Yan, Kan Chee Yuen dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.


MR : Dua harimau pada satu puncak.. ada satu akan mati berangam....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan