Header Ads

ads header

Flash News

Tuntutan liberal ibarat cendawan tumbuh selepas hujan


Tuntutan golongan liberal selepas Pilihan Raya Umum ke-14 dilihat semakin lantang ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan, kata Pensyarah Kanan Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam Universiti Malaya, Dr Azmil Zainal Abidin.

Beliau berkata, berlaku perubahan landskap negara, yang mempercepatkan penonjolan unsur-unsur liberal yang berasal daripada Barat.

“Kita tidak perlu terikut dengan Barat yang menyisihkan agama dengan pentadbiran kerana tradisi ilmu fekah cukup dalam megimbangi ruang peribadi dan awam.

“Jadi apabila ada pihak beria-ria menonjolkan perlunya SOP (prosedur operasi standard) semula (isu khalwat), sedangkan benda itu sudah lama berlaku. Macamlah Islam sebelum ini Islam Katolik,” kata beliau pada Forum: Cadangan Serta Langkah Menangani Gejala Pasca Moden di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam di sini, hari ini.

Selain itu, Dr Azmil berkata, Malaysia baharu dapat dibina bersama-sama integrasi nasional melalui kaedah kesaksamaan dan kesatuan nilai-nilai moral dipegangi yang berasal daripada ajaran nabi.

Katanya, selain agama Islam, agama-agama lain di negara ini mempunyai nilai-nilai moral yang baik mengikut ajaran Rasul, namun nilai ini telah dicampur-baur dengan agama mereka.

“Hindu ajar hormat ibu bapa. Buddha ajar jangan berjudi, minum arak. Kristian ajar kasih sayang. Ini semua datang daripada pusaka ajaran nabi.

“Oleh itu tidak akan ada pertembungan. Inilah asas perpaduan kaum dan bangsa di Malaysia. Pada masa sama ‘big brother’ yang menaung itu adalah Islam dan bukannya yang lain,” kata beliau.


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan