Ustaz Hassan Azhari meninggal dunia
KUALA LUMPUR - Tokoh agama terkenal Tan Sri Hassan Azhari meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada pukul 5 petang tadi akibat kanser limfoma tahap empat.
Allahyarham merupakan pendidik terkenal dengan rancangan Muqaddam pada awal 1970-an di saluran RTM dan merupakan orang yang melaungkan azan semasa kemerdekaan negara Malaysia pada 31 Ogos 1957.
Hassan juga merupakan hakim pertandingan Tilawah al-Quran paling lama berkhidmat dalam negara selama 46 tahun.
Beliau juga merupakan bapa kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pelakon terkenal tanah air, Jalaluddin Hassan. - K! ONLINE
MR : Tulisdisini ....
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
IKLAN BERBAYAR :


Tiada ulasan