Header Ads

ads header

Flash News

Warkah isteri Zahid Hamidi minta rakyat sokong suami


KUALA LUMPUR: Datin Seri Hamidah Khamis, isteri kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta ahli dan penyokong parti itu memberi sokongan kepada suaminya yang dijangka didakwa esok oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Permintaan itu dinyatakan dalam rakaman audio bertajuk Warkah Untuk Rakyat Malaysia dan Penyokong UMNO yang diedarkan kepada media tengah hari ini.

Antara lain, beliau meminta penyokong UMNO dan rakyat bangkit demi Malaysia tanah air tercinta dengan memberi sokongan dan bersatu padu kepada Presiden parti yang akan hadir ke ibu pejabat SPRM petang ini, malam ini dan esok di mahkamah.

Mengikut laporan media, Ahmad Zahid dikehendaki hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya jam 3 petang ini selepas suruhanjaya itu menyerahkan notis serah diri pad ajam 1.45 petang semalam.

Susulan itu, beliau dikatakan mungkin didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, esok.

Dalam audio berkenaan, Hamidah juga meminta kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak menuding jari kepada sesiapa, sebaliknya meneruskan pembangunan sedia ada dan mengurus tadbir negara secara baik, selaras dengan amanah yang diberikan oleh Allah kepada mereka.

Namun, katanya, ada perasaan dendam yang membara, menyebabkan rakyat dibohongi dan dikhianati sehingga orang Melayu memusuhi, bercakaran dan meruntuhkan antara satu sama lain, sekaligus menghancurkan bangsa dan agama.

Beliau juga menggesa bangsa Melayu tidak merosakkan martabat Melayu dan terus menyokong Ahmad Zahid yang sanggup berkorban demi bangsa dan agama.

Katanya, apa yang berlaku sekarang ialah Presiden UMNO itu difitnah dan dimalukan serta cubaan untuk mematahkan dan melenyapkan UMNO dalam sejarah.

Beliau juga meminta pejuang UMNO jangan menggadai maruah UMNO serta menjadi alat kepada mereka yang berjiwa dan bernafsu besar.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Dendam membara sesama melayu islam cuba tengok dap tak pernah tekan pun pemimpin mca. Bodoh sombong dan penuh dendam betul melayu islam yang berkuasa. TOLONG LAH INGAT KUASA ALLAH MAHA BESAR DAN LUAS.

    BalasPadam