Header Ads

ads header

Flash News

Yusuf Azmi beri amaran kepada 'Hulk DAP'


Exco Melaka, Norhizam Hassan Baktee terus dikritik berhubung visual perang mulut antara beliau dengan penduduk Kampung Nibong di Ayer Molek, semalam.

Terbaru, Aktivis Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia Yusuf Azmi berkata, Norhizam tiada adab kerana tidak menghormati orang tua.

Beliau juga dengan sinis mengajak Norhizam membantunya membenteras kegiatan ceti haram atau 'along'.

“Kalau macam ni lah cara YB, elok YB bantu kami, sertai aktivis banteras along, kalau ini punya adab, (sertai kami) jumpa along.

“Saya ingat nak buat pertemuan dengan YB Norhizam Hassan Baktee, nak jumpa nak kenal lah, punyalah pekik bercakap, celupar sangat.

“Saya nak tanya YB memang tak belajar adab? Tengok orang Australia pun tengok YB biadab, YB nak terkenal sangat buat apa, kalau tunjuk contoh tak baik nak buat apa?” tegasnya dalam sebuah video, hari ini.

Untuk rekod, Yusuf sebelum ini merupakan Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Islam Malaysia (PPIM) yang aktif membantu mangsa ceti haram dan kegiatan penipuan gores dan menang.

Yusuf Azmi bagaimanapun meninggalkan PPIM pada Mac lalu.

Menerusi sebuah video berdurasi 2 minit 27 saat yang tular di media sosial semalam menunjukkan perang mulut antara Norhizam dengan sekumpulan penduduk di Taman Akasia di Kampung Nibong.

Norhizam menganggap visual yang tular itu sengaja disebarkan pihak tertentu untuk memburuk-burukkan dirinya.

Selain itu anggota dewan undangan negeri (ADUN) Pengkalan Batu itu juga mendakwa video yang tular pada kejadian 8.45 pagi semalam adalah sebahagian dari babak pentengkaran manakala fakta sebenar berhubung penutupan jalan itu tidak pula disebarkan.

Sementara itu, Yusuf menggesa supaya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melihat tingkah laku Norhizam.

“Kita tukar kerajaan, sebab nak bagi peluang (pada Pakatan Harapan) tapi jangan disebabkan YB seorang ini rosak semua organisasi yang ada.

“Saya minta PM tengok perkara ini, sepatutnya dia sertai kurus adab bercakap dengan orang tua,” katanya.

Yusuf juga menggesa Norhizam membuat permohonan maaf secara terbuka.

Katanya, dan jika Norhizam enggan berbuat demikian maka pihaknya akan mendesak wakil rakyat DAP itu meletakkan jawatannya.

“Jangan malukan umat Islam dengan etika itu. Saya harap rakyat malaysia bersama-sama sekiranya Norhizam tak mohon maaf secara terbuka kita desak beliau dilucutkan jawatan dan diganti dengan mana-mana parti pun tak kisah.

"Yang penting boleh galas tugas dan boleh memahami keperluan pengguna di Melaka,” katanya.


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Malanglah rakyat yang telah menyokong dan mengundi kaduk naik junjung ternakan parti kafir harbi!

    BalasPadam