Header Ads

ads header

Flash News

Ahli PAS Jangan Jadi Golongan Kecewa


KANGAR: Ahli PAS diingatkan agar jangan berasa kecewa berikutan keputusan PRU14 yang dilihat tidak memihak kepada PAS, sebaliknya terus bergerak dengan penuh semangat bagi menghadapi PRU15 nanti.

Demikian diingatkan oleh Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad ketika berucap dalam program Liqa’ Fikri PAS Perlis di Kompleks PAS Perlis (KOMPAS) semalam.

Katanya, sebagai sebuah parti dan gerakan Islam, politik atau siasah bukanlah satu-satunya medan perjuangan PAS, sebaliknya ruang gerak kerja masih terbuka luas buat parti berkenaan dalam menggerakkan aktiviti dakwah dan tarbiyahnya.

Menurutnya lagi, kecewa adalah sifat orang yang binasa sebaliknya mereka yang berada di atas jalan kebenaran tidak perlu merasa kecewa meskipun apa yang diperjuangkannya belum berhasil.

PAS ujarnya, sentiasa memperjuangkan kebenaran serta sanggup berhadapan dengan kekalahan dalam siri-siri pilihan raya berbanding meleburkan prinsip perjuangannya demi mendapatkan habuan dunia.

“Penyertaan PAS di dalam PRU adalah untuk kita mendapatkan kuasa, kita bukan saja-saja nak jadi menteri, nak jadi exco. Kita perlukan kuasa untuk melaksanakan Islam yang tidak boleh kita laksanakan melainkan adanya kuasa.

“Tanpa kuasa kita tidak boleh menghalang segala bentuk kemungkaran, maksiat dan sebagainya.

“(Maka) Sebab itu ia memerlukan kepada kuasa sebagaimana Imam Ghazali r.a. menyebut: ‘Ugama itu asas manakala pemerintah itu penjaga, suatu yang tiada asas akan runtuh, suatu yang tiada penjaga akan hilang,” ujarnya di hadapan lebih 200 orang hadirin.



Mengambil ibrah dari kekalahan PAS pilihan raya yang lalu, beliau meminta para ahli dan pimpinan di setiap peringkat agar tidak mudah merasa kecewa.

“Kata Ibnu Mas’ud, orang yang binasa ialah orang yang putus asa setelah berusaha dan orang berbangga dengan diri sendiri.

“Ingatlah tuan-tuan, pilihan raya bukanlah satu-satunya nyawa perjuangan (sebaliknya) ia hanyalah salah satu cabang perjuangan kita,” tegasnya.

Pada penghujung ucapan, beeliau turut berpesan agar seluruh penggerak PAS agar meniupkan roh perjuangan pada anak-anak demi memastikan mereka menurut jejak perjuangan ibu bapa mereka.

“Perkenalkan mereka kepada perjuangan sejak mereka kecil lagi supaya mereka mudah untuk memahami segala arus pergolakan politik yang berlaku hari ini,” katanya.

MR :  Istiqamah sehingga capai kemenangan


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan