Header Ads

ads header

Flash News

Air percuma di Selangor dikecilkan hanya untuk golongan B40


Pemberian air percuma di Selangor akan ditambah daripada 20 meter padu kepada 25 meter padu sebulan, kata Menteri Besar, Amirudin Shari.

Bagaimanapun, beliau berkata, skim pemberian air percuma itu hanya diberikan kepada golongan sasar yang berada dalam kalangan B40.

Katanya, golongan B40 itu adalah mereka yang berdaftar dan mempunyai data dengan program E-Kasih.

“Kerajaan Selangor akan membuat penjajaran semula peruntukan Program Air Percuma dengan fokus akan diberi kepada golongan sasar yang berada dalam golongan B40.

“Kerajaan negeri yakin golongan B40 ini lebih berkeperluan dan lebih menghargai bantuan air percuma ini,” katanya ketika membentang Belanjawan Selangor 2019 di Shah Alam, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri berharap agar penjajaran ini bukan sahaja membantu golongan B40 dalam kehidupan seharian namun dapat meringankan beban belanja bulanan dengan lebih berkesan.

“Bagi tahun 2019, jumlah yang diperuntukkan kepada Program Air Percuma selepas penjajaran dilakukan adalah sebanyak RM80 juta dan ini membolehkan kerajaan negeri membuat penjimatan sebanyak RM105.2 juta.

“Penjimatan ini akan dapat dikembalikan kepada rakyat melalui program pembangunan dan program mensejahterakan rakyat,”katanya

MR :  Hebat PH memerintah, makin hari makin kurang bantuan rakyat


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan