Header Ads

ads header

Flash News

Akibat Lempar Hasil Laporan Pelajar Dengan Biadap, 6 Pembantu Makmal Dipecat..


6 November lalu viral di media sosial video dua individu dipercayai tenaga pengajar melempar hasil laporan mahasiswa dengan biadab mencetuskan pelbagai reaksi tidak puas hati netizen di Indonesia.

Novita Mudha yang memuat naik video itu di Twiiternya berkata, tindakan dua individu itu langsung tidak mencerminkan sikap seorang pendidik.

“Terkadang mereka lupa, sibuk mengajar akademik dan mengejar prestasi, namun lupa mengajar tentang ahklak dan etika,” katanya.

Berdasarkan video berdurasi 30 saat itu, sekumpulan mahasiswa itu tergamam dan terkilan dengan tindakan dua individu terbabit.

Susulan viral video itu, pihak Fakulti Matematik dan Ilmu Pengetahuan Alam (MIPA), Univerisiti Negeri Gorontalo (UNG) telah mengambil tindakan tegas dengan memecat enam pembantu makmal yang terlibat.

Lapor Hargo.co.id, kejadian itu berlaku pada Khamis 1 November yang di mana ketika itu pelajar semester satu hendak mengambil bahagian dalam praktikum itu. Namun sebelum memasuki bilik praktikum, kesemua mereka diminta mengemukakan laporan awal mengenai makmal.

Laporan itu diperiksa oleh pembantu makmal yang juga merupakan pelajar senior dan sebahagian besar laporan itu salah atau tidak sesuai, lalu dikembalikan semula dengan cara biadab dengan melempar laporan tersebut.

Dekan Fakulti MIPA, Prof Dr Evi Hulukati,M.Pd berkata, beliau amat kesal dengan tindakan pembantu makmal yang terlibat.

“Kita sudah pecat mereka semua yang berjumlah enam orang setelah siasatan dijalankan,” katanya.

Dr Evi juga menjelaskan video itu dirakam oleh mahasiswa lain yang kebetulan ternampak kejadian itu.

“Kami juga kesal dengan tindakan pelajar ini yang tidak mengikuti kelas itu tetapi dia merakam kejadian itu dan sebarkan di media sosial. Kami boleh ambil tindakan undang-undang,’ katanya.

Sumber: The Reporter


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan