Header Ads

ads header

Flash News

Amanah sedia jadi benteng pertahan DAP


SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) sedia menjadi benteng pertahanan DAP yang sering ditohmah dan difitnah mengamalkan ekstremis perkauman, kata perwakilan Amanah Selangor, Jamzuri Ardani.

Jamzuri ketika berucap di Konvensyen Amanah hari ini berkata, BN akan menggunakan modal politik yang sama dalam PRU14 dengan menuduh DAP sebagai parti perkauman.

Menurutnya lagi, DAP bukan sahaja diserang oleh BN, sebaliknya turut menghadapi serangan oleh Pas sejak parti Islam itu tidak lagi bersama Pakatan Rakyat.

“Isu ini digunakan Umno untuk membunuh pakatan dan Amanah perlu berdepan dengan pengundi Melayu untuk meyakinkan mereka DAP bukan ancaman kepada negara, Melayu dan Islam.

“Kita kena berhujah atas fakta dan kebenaran untuk menangkis sentimen kebencian dan prasangka baru yang disebarkan Umno dan sekutu baharu mereka. Menghapuskan pemikiran politik kebencian ini ‘core business’ politik Amanah,” katanya ketika membahaskan ucapan presiden di sini, hari ini.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak pada Persidangan Agung Umno 2016 (PAU2016) awal Disember lalu mengingatkan kaum Melayu dan Islam menolak politik DAP yang disifatkan sebagai bahaya dan bakal menghakis keistimewaan serta hak diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jamzuri dalam masa sama turut mengingatkan kepimpinan Pakatan Harapan supaya tidak mengambil masa terlalu lama untuk menentukan soal pembahagian kerusi calon pembangkang.

“Kita kena perkuat dan teguhkan Pakatan, buat keputusan yang jelas. Jangan membuang masa dengan mainan politik yang membosankan, ‘ding-dong’ di sana sini, tunggu sana sini.

“Kalau mahu guna 1 logo, segera muktamadkan. Kalau mahu guna satu manifesto pun kita lancarkan. Pembahagian kerusi kena muktamadkan segera. Ini tanggungjawab pimpinan PH,” katanya.


MR :  Itu tujuan sebenar penubuhan AMANAH dan itu sebab mereka keluar daripada PAS


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

6 ulasan:

  1. Boleh pahala ke pertahan parti penegak arak?

    BalasPadam
  2. Tujuan pan untuk jadi baruah dapigs

    BalasPadam
  3. and it is pan NOT amanah.

    BalasPadam
  4. Antara punca 'Mahadergaw Slump' berlaku ialah kurangnya keyakinan pelaboq2 terhadap kemampuan otak2 UDANG yang terdapat dalam kabinet dapur.

    BalasPadam
  5. Apakah jenis manusia yang keluar dari parti Islam dan memburuk-burukkan perjuangan Islam kerana mereka gagal mendapat sebarang jawatan dalam parti Islam kemudian mereka menubuhkan parti kuali imayam putumayam yang menjadi khadam parti kafir harbi biaDAP yang telah menghina agama Islam dan menafikan hak umat Islam bahkan mereka juga menentang ajaran Islam dan menyokong kemungkaran dan kesesatan?

    Munafik atau kafir harbi?

    BalasPadam
  6. Kemampuan whistle blower tidak ada kaitan dengan kemampuan mengemudi. Kalau whistle blower hendak diberikan habuan berilah fulus atau lain2 material. Kalau posisi kemudi yang diberikan sebagai ganjaran pada whistle blower ia satu risiko yang besar. Bila whistle blower mengemudi bahtera PH, persepsinya ialah PH tidak ada muka-muka lebih hensem selain bergantung pada muka lama untuk membawa menuju padang rumput lebih hijau. Apa yang pasti, setakat ini padang rumput bertambah kering dan kekuningan. Nasib kome ler.

    BalasPadam