Arab Saudi bakal bergolak?
RIYADH 20 Nov. - Anggota keluarga diraja Arab Saudi dilaporkan sedang berusaha menghalang Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman menaiki takhta berikutan isu pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi.
Sumber yang rapat dengan agensi berita Reuters memberitahu, para pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) pula telah memberi bayangan kepada penasihat-penasihat Arab Saudi sejak minggu lalu bahawa mereka menyokong Putera Ahmed Abdulaziz, sebagai pengganti Raja Salman.
Putera Ahmed, 76, pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri Arab Saudi sejak hampir 40 tahun lalu, lapor portal Al Jazeera.
Menurut sumber itu lagi, keluarga diraja Al Saud mahu melihat perubahan dalam senarai pewaris takhta tetapi tidak akan bertindak selagi Raja Salman, 82 masih hidup.
Malah mereka juga mengetahui bahawa Raja Salman tidak akan membelakangkan puteranya itu.
Kini kata sumber itu, keluarga diraja terbabit dikatakan berbincang tentang kemungkinan selepas kemangkatan Raja Salman, Putera Ahmed yang juga bapa saudara Putera Mohammed dilantik sebagai pengganti.
Putera Ahmed yang merupakan satu-satunya adik Raja Salman masih hidup dijangka mendapat sokongan penuh anggota keluarga diraja terma-suk kuasa barat lain.
Bagaimanapun, Reuters memaklumkan pihaknya gagal mendapat ulasan daripada Raja Ahmed mahupun pegawai di Riyadh tentang isu pewaris.
Sementara itu, Raja Salman menerusi kenyataan pertama baginda selepas isu pembunuhan Jamal, memuji badan kehakiman negara itu.
Titah baginda, Arab Saudi diasaskan melalui keadilan dan kesaksamaan mengikut prinsip Islam.
“Kita amat berbangga terhadap usaha badan kehakiman dan pihak pendakwaan dan kita akan memastikan negara ini tidak menyeleweng dalam melaksanakan undang-undang Allah dan tanpa diskriminasi,’’ titah baginda semasa perasmian Majlis Syura.
Namun, Raja Salman tidak menyentuh tentang isu pembunuhan wartawan terbabit.
Dalam pada itu, Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir menegaskan dakwaan pelbagai pihak termasuk Agensi Perisikan Pusat (CIA) bahawa Putera Mohammed telah mengarahkan pembunuhan Jamal, adalah palsu.
“Kami di Arab Saudi tahu bahawa tuduhan yang dibuat terhadap Putera Mohammed tidak mempunyai kebenaran dan asas, justeru kami menolaknya,” katanya. – Reuters/AFP
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
❐ BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut



MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan