Header Ads

ads header

Flash News

Bajet 2019 berakhir dengan laungan ‘Nobita’, ‘bajet copy paste’


KUALA LUMPUR: Pembangkang menyambut ucapan akhir pembentangan Bajet 2019 oleh Lim Guan Eng di Dewan Rakyat hari ini dengan menyindir menteri kewangan tersebut.

Mereka menyifatkan Bajet 2019 oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) menciplak apa yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mereka melaungkan “bajet copy paste” dan “Nobita”, sambil disambut gelak ketawa.

Dakwaan pembangkang itu merujuk kepada Bajet 2018 yang dilakukan kerajaan BN tahun lalu.

Sementara itu, Menteri Wilayah Datuk Seri Khalid Samad bangkit mencelah meminta pembangkang membawa plakad lebih besar sepertimana dilakukan PH ketika bergelar pembangkang.

“Plakad itu buat besar sikit, tak nampak,” sindir Khalid merujuk plakad pembangkang yang bersaiz kecil dan tidak menonjol berbanding plakad PH yang lebih besar ketika menolak bajet yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak, tahun lalu.

MR : PH dan BN ni 2 X 5 sahaja....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan