Header Ads

ads header

Flash News

Dr M: Kalau Anwar izin, saya 2 tahun setengah jadi PM


Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamas berkata beliau tidak akan berganjak daripada keputusannya untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas tempoh dua tahun mentadbir negara.

Hal ini meskipun terdapat desakan daripada akar umbi BERSATU supaya beliau kekal sebagai perdana menteri.

"Saya berjanji akan meletak jawatan. Saya akan pegang janji saya. Adakah anda ingat sebarang perkara yang saya tidak menepati janji saya. Saya satu-satunya 'diktator' yang meletakkan jawatan," beliau memberitahu sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Perdana menteri ditanya BERSATU bahagian Setiawangsa yang meluluskan usul sebulat suara agar beliau memegang jawatan itu untuk penggal penuh selama lima tahun.

Usul itu dicadangkan setiausaha politik Mahathir, Zahid Mohd Arip.

Ketika ditanya jika terdapat persetujuan baru pada mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN hari ini supaya beliau hanya menjadi perdana menteri selama dua tahun, Mahathir berkata tiada hal sebegitu yang diputuskan.

"Tak ada. Saya cuma dua tahun sahaja. Dua tahun atau… tak tahu lah, kalau dia (Anwar) bagi izin dua tahun setengahlah," katanya berseloroh sambil melirik ke arah Anwar yang mengundang tawa hadirin.

MR : Rasanya Anwar melopong pula....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. .
    Tugasan bakal MOI ke 8 adalah untuk mencuci kekotoran yang bakal di tinggalkan oleh MOI-MOI yang sebelumnya.

    Jumlah kekotoran yang akan terkumpul dalam 2 tahun ini tentunya akan cukup banyak.

    Kalau tambah 6 bulan lagu yakni 2 tahun + 6 bulan extension, kekotoran terkumpul adalah menghampiri infiniti.

    Untuk mencuci kekotoran infiniti, AnWar akan perlukan fisioterapi kekal.

    Itu pun kalau di berikan tugasan untuk membersihkan kekotoran yang terkumpul dalam tempoh 2-1/2 tahun.

    Kebarangkalian tugasan itu dapat pada calon2 lain tetap tidak boleh di tiadakan dalam perkembangan sekarang.

    BalasPadam