Header Ads

ads header

Flash News

Abdul Hadi tegur Syed Saddiq...


GOMBAK - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melihat tiada masalah untuk konsep pemakaian patuh syariah bagi atlet dilaksanakan.

Malah, katanya, kelab bola sepak luar negara seperti England dan Perancis tidak mengenakan halangan untuk pemain beragama Islam mengamalkan ajarannya.

Susulan itu, beliau berharap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak bersikap 'lebih' daripada dua pasukan itu apabila mengkritik keputusan Kerajaan Terengganu.

"Setahu saya kelab bola sepak England dan Perancis membenarkan pemain Islam mengamalkan ajaran agama. Jangan dia (Syed Saddiq) lebih daripada England dan Perancis sudahlah," katanya kepada media selepas menyampaikan syarahan perdana berjudul Geopolitik Antarabangsa dan Masa Depan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini, malam tadi.

Semalam, Syed Saddiq mempertahankan atlet dan mengatakan pakaian sukan pilihan mereka perlu dihormati.

Syed Saddiq turut melahirkan kebimbangannya terhadap masa depan beberapa sukan seperti renang, gimrama dan bina badan.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Syed Saddiq sepatutnya memberi galakan kepada atlet menutup aurat.

"Umat Islam kalau beri pandangan kena dalam kerangka sebagai seorang Muslim. Kalau benda itu selama ini tidak betul, kita kena perbetulkan.

"Apa masalahnya kalau mereka tutup aurat, kita mampu buat bukan tak mampu. Sebagai menteri beragama Islam beliau sepatutnya beri galakan. Dia tak boleh terikat dengan budaya yang bertentangan pandangan Islam," katanya.

# LINK


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Bukankah mantri sukan sebagai seorang Muslim sepatutnya melaksanakan ajaran Rasulullah S.A.W. bukan menentang ajaran Islam dan membela sekularisme liberalisme dll ???

    Adakah perkataan 'syed' tidak bererti apa-apa kepada mantri sukan ???

    Kita masih ingat lagi isu kondom dalam aktiviti maksiat, isu disko, isu LGBT dll yang bertentangan dengan ajaran Islam.

    BalasPadam
  2. lebeh baik padam nama Syed.........

    BalasPadam
  3. Mana menteri belia ni brani nak cakap pasai islam... Nk mampuih dgn gang liberal siti kassim and the gang.. Baru2 ni cakap tolak ICERD pun dah kena cop "dungu" dgn puak tu.. Hehehe..

    BalasPadam