Header Ads

ads header

Flash News

ICERD: Pendirian Anwar longgar


KUALA LUMPUR: Pendirian pimpinan utama parti Pakatan Harapan khususnya Presiden PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim tentang Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sangat longgar.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan menegaskan meskipun Anwar berpendapat ICERD perlu ditangguh namun secara asasnya pendirian ketua umum itu tetap masih menerima ICERD.

Sedangkan katanya, kenyataan tersebut berbeza daripada kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang lebih berani dan tegas berpendirian ICERD mustahil untuk dilaksanakan.

Tambahnya, kelemahan Ahli Parlimen Port Dickson itu dalam mempertahankan kedaulatan Islam dan hak bumiputera cuba ditutup dengan memperkecilkan tindakan PAS dan Umno yang bekerjasama membantah cadangan ratifikasi ICERD.

"Perkara ini diucapkan oleh beliau semasa ucapan penangguhan dalam Kongres Nasional PKR Ke-13 semalam, menunjukkan beliau seolah-oleh mementingkan soal kedudukan berbanding isu agama yang menjadi asas kepada Perlembagaan Persekutuan.

"Islam meletakkan menjaga agama di tahap pertama dalam Maqasid Syariah.

“Masihkah ada lagi harapan kepada beliau untuk mempertahankan Islam dengan berani dan tegas? Hanya masa yang akan menentukan," katanya kepada Harakahdaily.

Mahathir ketika ditemui media selepas penutupan Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-26 di Papua New Guinea semalam telah menegaskan perlaksanaan ICERD memerlukan penggubalan semula Perlembagaan Persekutuan.

Justeru itu beliau berpendapat, meraktifikasi ICERD adalah mustahil memandangkan kerana ia memerlukan dua pertiga majoriti undian ahli parlimen. – HARAKAHDAILY 19/11/2018

MR :  Anwar licik dalam politik, makan kiri kanan


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Semasa aku berada di tahun 1 di sebuah universiti, seorang pemimpin dari sebuah NGO Islam telah datang ke universiti untuk berceramah tentang perjuangan Islam dan memburuk-burukkan kerajaan pimpinan UMNO dan aku terpengaruh dengan ceramahnya.

    Aku mula berminat dalam perjuangan Islam dan membenci UMNO tetapi malangnya pemimpin ini telah melakukan u-turn dengan menyertai UMNO semata-mata kerana dia mengejar jawatan menteri.

    Aku merasa amat terkejut melihat pemimpin mengkarung lidah biawak yang pandai bertukar warna mengikut situasi.

    Oleh kerana dia ini sangat gelojoh mengejar jawatan boss no 1 dengan berusaha menggulingkan boss no 1, maka kita tidak terkejut melihat boss no 1 menendang dia keluar dari UMNO.

    Bahkan dia didakwa dan dipenjarakan kerana salah guna kuasa, liwat dll.

    Untuk menyelamatkan dirinya, maka dia menubuhkan parti mata iluminati yang digunakan untuk membela dirinya bukan rakyat. Rakyat hanya diperalatkan untuk kepentingan dirinya sahaja untuk menentang kerajaan.

    Parti mata iluminati adalah parti liberal yang yang berlandaskan liberalisme bertentangan dengan ajaran Islam maka kita tidak terkejut melihat parti mata iluminati tidak mempedulikan perjuangan Islam dan perjuangan Melayu.

    Maka jelaslah dia adalah seorang munafik.

    BalasPadam