Header Ads

ads header

Flash News

ICERD: Saifuddin pula jadi sasaran


KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini kembali kecoh apabila ucapan penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 oleh Menteri Luar, Dato' Saifuddin Abdullah berhubung isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) mendapat bantahan daripada ahli parlimen pembangkang serta kerajaan.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff bangkit mempersoalkan Saifuddin berhubung pendirian Kerajaan Pakatan Harapan terhadap ICERD yang ditentang oleh ramai pihak termasuk dalam kalangan pimpinan PH.

"Termasuk PM, Port Dickson dan juga Gombak yang mencadangkan perkara ini ditangguh ataupun dikaji, tapi seolah-olah berbeza pandangan antara menteri dan beberapa pimpinan dalam kerajaan PH.

"Jadi rakyat Malaysia menolak dan mengharapkan kerajaan menarik balik isu ini," katanya.

Tidak ketinggalan Ahli Parlimen Port Dickson, Dato' Seri Anwar Ibrahim juga menggesa Saifuddin untuk menangguhkan rancangan mengenai ICERD.

"Kita harus memperincikan semula dengan mengambil kira kebimbangan sebahagian besar rakyat, selaras dengan apa yang dikata perdana menteri.

"Saya cadangkan kita tidak meneruskan cadangan ini sehingga perkara perinsip ini dimuktamadkan," katanya.

Turut mencelah ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang berkata, isu ICERD bukan perkara boleh main-main, kerana dapat menimbulkan sentimen besar dalam kalangan rakyat.

"Jangan sampai perkara tersebut menimbulkan pergaduhan kaum dalam masyarakat, ini bukan masanya," tegas beliau.

Dewan bertambah panas apabila Marzuk Shaary (PAS-Pengkalan Chepa) bangkit mencelah menyuruh kerajaan tolak terus ICERD dan tidak perlu ditangguhkan.

Menyuarakan pandangan yang sama Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato' Takiyuddin Hassan yang berkata, sekiranya kerajaan ingin meratifikasikan ICERD yang tidak melibatkan pindaan perlembagaan.

"Tahukah pihak kerajaan jika sekiranya sesuatu keputusan atau dasar undang-undang yang dibuat bercanggah dengan perlembagaan, hal ini menjadi tidak sah dan boleh dicabar di mahkamah.

"Pada pandangan saya, ICERD bertentangan sebagaimana yang disebut oleh Ahli Berhormat yang lain bertentangan dengan beberapa peruntukan dalam perlembagaan itu sendiri terutama 153," tambah beliau.

Dalam masa yang sama, Ahli Parlimen Pendang, Awang Hashim berkata, banyak kesan sosial yang berlaku kepada negara-negara yang telah menandatangani ICERD.

"Kesan sosial akibat ICERD telahpun kita tahu dan sebab itu jika ada kesan yang baik, pihak kerajaan harus mendidik rakyat agar faham.

"Kita masih lagi tidak faham akan hal ini tapi terus tergopoh gapah untuk laksanakan dan menandatangani ICERD.

“Hal ini akan memberi kesan sosial yang amat besar dan menjadi kebimbangan rakyat Malaysia," tegasnya.

Menjawab persoalan yang dibangkitkan, Saifuddin menyatakan bahawa konvensyen berkenaan boleh ditandatangani dengan membuat pengecualian dan tidak akan menjejaskan hak istimewa bumiputera dalam Artikal 153 sekiranya ICERD diratifikasikan.

Walau bagaimanapun, jawapan tersebut tidak dapat diterima orang sesetengah ahli parlimen. – HARAKAHDAILY 21/11/2018

MR :  ICERD tu ada 9 perkara, 3 dah Malaysia tandatangani.. 6 lagi tak sesuai cukuplah


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

8 ulasan:

  1. Mana letak otak dia.

    BalasPadam
  2. Tiada ketertiban. Yang perlukan tanda tangan diturunkan seperti PTPTN dan pemansuhan tol tak pulak diberi. ICErd yang tidak ada dalam kempen PRU pulak yang hendak diberikan tanda tangan ekspres. Kelang kelibut sungguh.

    BalasPadam
  3. mana2 pengundi pakatan harbi sedarlah bahawa anda telah dikencing sehancing2nya. Bangunlah menentang musibah icerd ni. it's the least that you can do.

    BalasPadam
  4. Wahai umat Islam marilah kita semua bersatu padu menentang ICERD yang sedang dipromosi oleh KERAjaan pakatan yang boleh digunakan untuk menghapuskan hak agama Islam , hak umat Islam termasuk hak kaum Melayu Islam dan hak Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

    Belum pun ICERD ditandatangani , pendakwah kristian sedang bebas berdakwah di kalangan umat Islam walaupun tindakan pendakwah kristian ini bertentangan dengan Perlembagaan Islam.

    Hak agama Islam dan hak umat Islam termasuk hak kaum Melayu Islam sedang dihakis oleh parti kafir harbi dan parti munafik liberal. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sedang dihina apabila nama-nama jalan ditulis dalam bahasa cina. Penghinaan ini tidak berlaku di Thailand, Indonesia dll.

    Bayangkan apa akan berlaku jika ICERD ditandatangani !!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembetulan:

      Belum pun ICERD ditandatangani , pendakwah kristian sedang bebas berdakwah di kalangan umat Islam walaupun tindakan pendakwah kristian ini bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

      Padam
  5. bangkit bangkit sabelum terlambat.

    BalasPadam
  6. Jika rakyat percayakan janji KERAjaan pakatan dalam isu ICERD samalah seperti rakyat percaya pada semua janji dalam manifesto pakatan dalam PRU yang akhirnya rakyat menjadi mangsa janji palsu. Rakyat hanya mampu menelan kahak sendiri sahaja !

    Mahukah kita semua dikencing hancing berulang kali oleh pakatan? Jika pakatan berkata babi pun boleh terbang, adakah anda akan mempercayai pakatan ??? Bodoh sangatkah kita ini?

    BalasPadam