Header Ads

ads header

Flash News

Isu edar Bible: 6 NGO buat laporan polis


Enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan pengedaran kitab Bible kepada pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini.

Enam NGO itu ialah Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amanah Rahsia Cekal (ARC), Gerak Kerja Gabungan Ayahanda Selangor (Gegas), Reformis dan Kipidap.

Laporan polis dibuat oleh Presiden IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay dan Presiden Pertubuhan MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah yang mewakili kesemua NGO berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada pukul 3 petang tadi.

Amir Amsaa berkata pengedaran kitab Bible berkenaan kepada pelajar selepas waktu sekolah menunjukkan satu tindakan berniat jahat dan tidak menghormati penduduk Islam di negara ini.

"Ia menunjukkan mereka mempunyai niat jahat untuk memesongkan akidah penduduk Islam sekali gus menggugat keamanan dan keharmonian negara ini.

"Justeru, kami menyeru agar Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Pendidikan dan Jabatan Agama Islam mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang mengedarkan Bible kepada pelajar sekolah," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu di Kuala Lumpur.

Semalam, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dilaporkan berkata dakwaan berkenaan sedang disiasat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang dan PDRM.

Sabtu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengakui terdapat aktiviti pengedaran kitab Bible kepada pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam seperti yang tular di laman sosial baru-baru ini.

Mujahid berkata perkara itu berdasarkan maklumat yang diperolehnya daripada Jabatan Agama Islam negeri, Jabatan Pendidikan negeri serta Anggota Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong.

Kesemua NGO berkenaan turut membuat laporan polis mengenai seorang lelaki Myanmar yang bertindak menyerang anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan penyembur lada di Pasar Borong Selayang, di Kuala Lumpur pada Sabtu lepas.

Tindakan lelaki berumur 32 tahun itu menyebabkan empat anggota penguatkuasa DBKL yang sedang mencatatkan barang sitaan cedera di mata akibat diserang dengan penyembur lada.

Katanya kejadian itu menunjukkan mereka tidak menghormati undang-undang dan tindakan tegas perlu diambil terhadap pendatang asing yang melanggar undang-undang negara ini.

- Bernama


MR :  Seorang Dr dalam BERSATU setuju dia diberi Bible


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. .
    RUU 355 dituduh sebagai permulaan kepada hudud. Okeylah.

    Dalam masa sama ICERD adalah permulaan kepada penjualan bibel tanpa had.

    Soalnya dimanakah suara2 mukmin-mukminah PH dalam isu ini?

    BalasPadam