Jangan Fikir Mahathir Lebih Bersih Dari Najib’ kata Tun Musa Hitam
Tun
Musa Hitam dalam satu wawancara dalam program Diskusi, pernah
membangkitkan sikap jahat Mahathir yang dianggap sebagai satu dosa
besar.
Dalam video yang diterbitkan dalam YouTube atas nama WartaMalayaNews merakamkan wawancara tersebut.
Kata
Tun Musa, "Mahathir nak blackmail saya, 'Kau berhenti kalau tidak aku
akan dedahkan aktiviti kau dengan seorang perempuan bawah umor'.
"Dia berdosa.. biarlah dia berdosa besar, dia punya cerita, punya kotor…" tambah Tun Musa.
Walau
bagaimanapun Tun Musa Hitam terpaksa tunduk dengan tekanan Mahathir
kerana dia berpendapat sekiranya dia melawan diktator zalim itu, dia
juga akan mengalami kezaliman sebagaimana yang dialami oleh DS Anwar
Ibrahim.
Dengan itu juga
Tun Musa Hitam menegaskan, "Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh
merasakan dirinya lebih bersih daripada Datuk Seri Mohd Najib Razak."
Najib ada kekuatan tersendiri tetapi Najib tidak berjuang secara diktator.
Mengakui
kebijaksanaan Najib dalam menghadapi serangan bertubi-tubi daripada
Mahathir itu, Musa berkata kesempatan untuk diasak dengan lebih teruk
akan berlaku jika Najib tunduk pada kehendak Mahathir.
Jika
Najib mengaku salah, maka ia akan menunjukkan kelemahan Najib sekaligus
tidak boleh dibiarkan berlaku bila berhadapan dengan seorang diktator.
"Tidak mengakui kesilapan adalah tanda keberanian, di situlah kekuatan Najib."
Namun
hanya Najib yang tahu dia tidak bersalah dan mahkamah akan
membuktikannya. Itupun sekiranya mahkamah tidak dikawal oleh kuasa
diktator.
"Mengakui kesilapan menunjukkan kamu lemah dan dia akan mengeksploitasi kamu", kata bekas Timbalan Perdana Menteri.
Namun hari ini, dia bukan sahaja mengeksploitasi, tetapi dia akan seksa sebagaimana dia menyeksa Anwar Ibrahim.
Melihat
kepada sejarah kepimpinan Dr Mahathir pada 1981, beliau tidak mudah
mengakui kesilapan, malah mengenakan tindakan kepada mana-mana pihak
dengan menggunakan kuasa vetonya sebagai Perdana Menteri.
"Beliau rasa sendiri akibat daripada tindakannya sebelum ini dengan cara Najib buat sekarang ni."
Dia
(Mahathir) tidak akan sekali-kali mudah mengaku kesilapannya, malah dia
akan menyalahkan orang lain jika berlaku kesilapan atas arahannya.
"Tapi
saya akui satu perkara, walaupun sesetengah orang tidak menyukainya,
sangat menakjubkan bagaimana Najib menghadapinya dengan tenang, ia
sangat menakjubkan," tambah Musa.
Mahathir
sebelum ini menyatakan kepimpinan beliau tidak sama dengan Najib dengan
mendakwa bahawa beliau lebih mementingkan rakyat khususnya masyarakat
luar bandar dengan membuat jalan, sekolah dan klinik.
Mahathir sebaliknya menyamakan kepimpinan beliau dengan Tun Abdul Razak Hussein dan bukan anaknya.
Namun
dia butakah dengan sumbangan besar Najib kepada rakyat selama ini
terutamanya rakyat miskin tegar dan rakyat miskin bandar?
Menurut
Musa, perkara paling mudah untuk dilakukan Najib kini adalah dengan
memandang ke hadapan demi memperbaiki diri dan parti.
Jika ada yang salah, jangan sekali-kali berkata 'saya minta maaf', ia satu kesilapan jika mahu menentang seorang diktator.
"Najib mesti ada keberanian," ujar Musa lagi.
Dalam perjuangan dengan manusia firaun yang terkenal kerana kediktatorannya, Najib tidak boleh sekali-kali 'mengaku salah'.
Lawanlah habis-habisan kerana asas senjata diktator hanyalah fitnah dan kedengkian.
Setakat
ini, jelaslah bahawa DS Najib telah menunjukkan keberanian dan
keperwiraan untuk menentang pemimpin tamak haloba yang pandai menangis
dipentas, tetapi penuh hasad dengki di dalam kamar.
Sebagaimana kata The Third Force, "Mahathir is the greatest liar Malaysia has ever seen."
Akhirnya
dia telah tunduk pada Anwar dan kemudian memberitahu media, "Anwar
tidak bersalah, Anwar dizalimi, maafkan dosa silam saya."
Namun
kenyanyukan diktator itu juga sudah beberapa kali tertonjol akhir-akhir
ini. Bukan salah dia, tetapi itulah ketentuan Tuhan, setiap yang
bermula akan berakhir juga nanti.
Setiap yang sihat akan sakit, setiap yang sempurna akan rosak juga pada penghujung usia.
MR : Yang mudah lupa Melayu PH
Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
❐ Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
❐ BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
.
BalasPadamTiada kekotoran yang tidak dapat ditanggalkan. Yang diperlukan ialah kelicikan dalam memilih kaedah pencucian. Bagi kotoran ringan gunakanlah serbuk pencuci BERSIH sementara bagi kekotoran degil gunakan serbuk pencuci PH.
memang termaktub siapa yang nak umur panjang buatlah zalim ke-atas orang makin ramai orang benci makin panjang umurlah .Nauzubillahminzalik.
BalasPadamMmmm
BalasPadambalasan tuhan
BalasPadam