Header Ads

ads header

Flash News

Ketua jabatan hospital dalam kes salahlaku seksual dipecat


KUALA LUMPUR: Seorang doktor pakar yang juga merupakan ketua jabatan sebuah hospital di Lembah Klang ditamatkan perkhidmatannya pada Rabu lepas berhubung dakwaan salahlaku seksual.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata Yang di-Pertuan Agong sudah memperkenankan untuk menamatkan perkhidmatan doktor pakar terbabit berkuatkuasa 14 November manakala surat penamatan perkhidmatan disampaikan kepadanya semalam.

“Jawatankuasa siasatan khas sudah selesai menjalankan siasatan pada 23 Oktober. Laporan lengkap siasatan jawatankuasa itu diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 24 Okt sebelum JPA mengadakan perbincangan dengan Pejabat Peguam Negara (AGC).

“Keputusan daripada hasil perbincangan antara JPA dan AGC diangkat untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong selepas mendapat nasihat daripada Pejabat Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan.

Jawatankuasa siasatan khas ditubuhkan pada 24 September bagi melengkapkan maklumat siasatan awal oleh badan siasatan bebas berhubung dakwaan salah laku seksual terhadap seorang ketua jabatan sebuah hospital awam di Lembah Klang.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebelum ini turut menggantung tugas ketua jabatan ortopedik itu selama selama 2 bulan bermula 17 September lepas bagi membolehkan siasatan dijalankan.



Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan