Header Ads

ads header

Flash News

Khalid terpegun naik MRT, ini kata Najib...


SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir Khalid Abdul Samad selepas Menteri Wilayah Persekutuan itu dilaporkan media terpegun selepas menaiki pengangkutan awam Transit Aliran Massa (MRT).

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan Khalid terpegun naik MRT tanpa pemandu.

Menerusi akaun Facebooknya, Najib secara sinis mengucapkan selamat datang kepada Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.


“Selamat datang ke Kuala Lumpur, YB Menteri. Maaf saya tidak pasti YB tinggal di mana sebelum ini.

“Projek ini (MRT) dibina oleh Kerajaan yang dikatakan bankrap pada satu ketika dahulu dengan kos RM21 bilion dan penjimatan sebanyak RM 2 bilion,” katanya,

Najib terus menyindir dengan mengatakan, MRT Sungai Buloh-Kajang ini tak besar impaknya.

“Cuma hasilkan 130,000 pekerjaan. Ia juga diusahakan oleh anak-anak Malaysia. Ada graduan dari institusi tempatan dan ramai juga anak-anak kita dari luar negara kembali ke tanah air untuk menjayakan projek ini.

“Tak ramai juga yang gunakan MRT ni. Kira-kira beberapa juta orang sahaja jadi tahniah YB Menteri antara orang-orang pertama yang menjejak kaki di sistem pengangkutan awam moden kita,” katanya.

Najib menambah, dalam perancangan kerajaan bankrap dahulu, ada juga perancangan untuk dua lagi MRT iaitu MRT 2 Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya dan MRT 3 Circle Line.

“Tapi tak pasti lah apa statusnya yang terkini.

“Apapun, selamat datang ke Kuala Lumpur dan semoga YB menikmati Malaysian Hospitality kami,” katanya lagi.

Semalam, media melaporkan Khalid buat pertama kali menaiki MRT di Stesen MRT Pasar Seni dan memuji sistem pengangkutan awam itu yang baginya setanding dengan negara maju dunia.


MR :  Sehari dua ni teruk Khalid kena hentam


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Yang berkarat dikeji, yang elok tu berilah puji itulah tanda individu budiman. Usah jual susu SAPI walhal LEMBU yang punya susu dan lebih kerek usah jadi lampam diulak jamban.

    BalasPadam