Header Ads

ads header

Flash News

Khatan bayi perempuan tak sama dengan FGM


PUTRAJAYA - Amalan berkhatan umat Islam membabitkan bayi perempuan di negara ini berbeza dengan amalan pemotongan genitalia wanita (FGM) yang diamalkan dalam kalangan wanita di beberapa negara lain, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Berhubung kenyataan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bahawa amalan khatan bayi perempuan sebagai pencabulan terhadap hak wanita, Dr Dzulkefly berkata sesiapa sahaja boleh membuat dakwaan seperti itu.

"Saya nyatakan sekali lagi bahawa khatan bayi perempuan tidak sama dengan FGM dan kita perlu cermat dalam isu ini kerana ia menyinggung banyak aspek termasuk sosial dan budaya," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis Anugerah dan Pengiktirafan Kempen Blue Ribbon 2018 di sini hari ini, beliau berkata kerajaan akan tetap membincangkan isu yang dibangkitkan oleh Suhakam itu secara halus memandangkan ia sangat sensitif.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Suhakam pada Rabu bahawa Putrajaya telah mengelirukan kajian Laporan Berkala Sejagat (UPR) mengenai hak asasi manusia berhubung FGM apabila ia mempertahankan FGM ke atas bayi perempuan sebagai ‘tanggungjawab budaya’ di Malaysia.

Dr Dzulkefly berkata kerajaan tidak akan bertindak kerana tekanan sama ada dari dalam atau luar negara, sebaliknya akan mengambil kira kepentingan semua pihak yang terlibat supaya isu itu dapat ditangani dengan baik.

"Isu bantah dan sokong ini biasa dalam amalan demokrasi, tetapi akhirnya kerajaan akan membuat satu pendirian dengan cermat dan bukan mengikut emosi," katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat masih dalam perbincangan dengan Kementerian Kesihatan berhubung isu berkhatan bayi perempuan di negara ini. Menurut Dr Wan Azizah, perbincangan itu termasuk melihat kepada faedah daripada amalan berkenaan, serta menambah walaupun ia dilihat sebagai amalan budaya di Malaysia, ia tidak sama dengan amalan FGM yang diamalkan dalam kalangan wanita di Afrika. - Bernama

Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Selepas mengharamkan khatan bayi perempuan, puak munafik liberal bangsat dan puak kafir laknatullah akan mengharamkan khatan lelaki Islam pula. Pengecualian akan diberi kepada pesta cucuk badan dan lidah dan pukul badan sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pembetulan:

      Selepas mengharamkan khatan bayi perempuan, puak munafik liberal bangsat dan puak kafir harbi laknatullah akan mengharamkan khatan lelaki Islam pulaj. Pengecualian akan diberi kepada pesta cucuk badan dan lidah dan pukul badan sendiri.

      Padam
  2. Saudaraku yang dikasihi! Gunalah bahasa yang baik dalam memberi komen dsb kerana itu adalah akhlak Islam. kerana kita tidak tahu siapakah diantara kita yang lebih baik disisi Allah. Ketika seorang berkata kasar kepada Khalifah Maamun maka khalifah beritahu kepada dia, Berlemah lembutlah berkata kepada saya kerana Firaun lebih buruk dari saya dan Musa a.s adalah lebih baik darimu. Namun bila Allah memerintahkan Musa berdakwah kepada Firaun Allah perintah supaya berkata dengan lemah lembut dan bijaksana.

    BalasPadam