Header Ads

ads header

Flash News

Kumpulan anti-Lynas beri amaran Rakyat tak akan lupa jika dikhianati


Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas (SMSL) yang merupakan kumpulan yang membantah loji nadir bumi Lynas di Kuantan menyatakan kekecewaan terhadap keputusan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) melanjutkan permit penstoran sementara bahan buangan terjadual syarikat berkenaan.

Kumpulan itu mendakwa Lynas menghasilkan bahan toksik namun Lynas menafikan dakwaan itu dengan berkata bahawa bahan buangan berkenaan diuruskan dengan selamat dan "boleh dikembalikan kepada alam" melalui proses penguraian dan pencairan radioaktif.

"Di mana-mana negara dengan kerajaan yang bertanggungjawab, kilang penapisan tidak akan diberikan lesen membina loji, apa lagi menghasilkan begitu banyak bahan buangan yang mengandungi thorium, toksik, besi berat, dan bahan kimia yang Lynas belum dedahkan sepenuhnya.

"China pun ada piawaian yang lebih baik sejak 2010 berbanding Malaysia dalam mengurus dan mengawal industri nadir bumi.

"Kami rasa tertipu kerana mengundi kerajaan HARAPAN dengan menganggap ia akan membuat perbezaan untuk masa depan yang lebih selamat dan bersih," kata pengerusi SMSL Tan Bun Teet dalam kenyataan hari ini.

Tan berkata, rakyat di Kuantan, Pahang, meletakkan harapan kepada kerajaan hari ini untuk membetulkan kesalahan kerajaan lama.

"Gagal bertindak untuk menjamin kepentingan rakyat akan menyebabkan kerajaan hari ini sama dengan kerajaan rasuah sebelum ini dan rakyat tidak akan lupa bagaimana mereka dikhianati," katanya.

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) sebelum ini menegaskan tempoh lanjutan penstoran sementara bahan buangan terjadual yang diberikan kepada Lynas Malaysia Sdn Bhd bukanlah tanpa had tempoh seperti yang diumumkan syarikat itu.

Sebaliknya, jelas kementerian itu, Jawatankuasa Eksekutif Penilaian Operasi dan Pengurusan Residu Lynas Advanced Material Plant (LAMP) diberikan masa sehingga 15 Februari untuk mengkaji dan menilai semula operasi dan penstoran residu oleh syarikat tersebut.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata dia terkejut kerana Lynas dalam pengumumannya di bursa saham Australia tidak menyebutkan tentang tempoh lanjutan berkenaan.


MR : Satu persatu pendokong PH kini sedar mereka di"kencing"....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. PH sabenarnya tak ada agenda cuma penyambung kerajaan dahulu malah lebeh buruk dari dulu.

    BalasPadam
  2. Kan PH dah habaq dulu "masa tu kami tak sangka lak boleh menang. Sebab tu kami janji macam2 supaya rakyat meluat kat BN. Terkezut beruk plak tetiba menang."

    BalasPadam