Header Ads

ads header

Flash News

Lobi Melayu dan DAP


Jika sesiapa hendak faham cara pelobi zionis menampakkan orang Yahudi sebagai mangsa di mata rakyat Amerika Syarikat, bagi menarik simpati dan sokongan terhadap polisi yang memguntungkan mereka, bacalah buku ini “Dare To Speak” oleh Ahli Kongres US Paul Findley. (Buku ini pernah diterjemah oleh DBP berdeka lalu)

Ini juga taktik yang sedang digunakan oleh DAP untuk merubah struktur pentadbiran negara.

Mereka bijak, tersusun dan mempunyai tekad yang tinggi. Lebih 20 tahun lalu saya pernah menulis mengenai buku ini dan berharap orang Melayu dan Islam mempunyai pasukan pelobi seperti ini.

Kita di sini selalu hilang keutamaan kerana suka menunjukkan sikap kasar, melaungkan slogan bombastik dan tidak mencari pasaran baru bagi menyokong perjuangan kita.

Saya ambil contoh penentangan terhadap ICERD. Apa yang nampak sekarang ia hanya tertumpu kepada Melayu sahaja tanpa pembabitan Bumiputera lain? Sedangkan ICERD akan menghakis hak semua bumiputera dan tidak mustahil kedudukan tanah-tanah adat.

Pemimpin Islam pun tertumpu kepada Melayu sahaja sedangkan banyak tokoh Islam bukan Melayu yang boleh diangkat bersama.

Malah perjuangan menentang ICERD juga boleh membawa pemimpin bukan Bumiputera yang masih percaya kepada kontrak sosial sebelum merdeka.

Kekurangan kita ialah tiada satu lobi yang disokong dengan hujah intelektual, rasional dan tidak bersifat perkauman melampau.

Sejak berdekad lalu pemimpin kita gagal mewujudkan pasukan lobi yang mampu meyakinkan rakyat pelbagai kaum dan agama mengenai status quo negara kita.

Orang di sekeliling pemimpin terdiri daripada mereka yang mempunyai wang tetapi tiada akal. Mereka berfikir bagaimana untuk kekal berkuasa bukannya mengekalkan ideologi perjuangan.

Mereka lebih rela berbelanja untuk cigar dan kereta mewah dari menaja buku yang boleh membuka pemikiran rakyat. Akhirnya mereka kalah.

Sebab itu dalam UMNO dulu tukang angkat beg dan pencium tangan mendapat gaji dan kedudukan yang tinggi dari mereka yang menumpukan usaha melahirkan pemikiran dan pandangan menyelesaikan masalah masyarakat.

Ab Jalil Backer
Sumber LINK



-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan