Header Ads

ads header

Flash News

Manifesto pun tak tunai, boleh percaya ke Belanjawan 2019? - Ahmad Zahid


PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan sejauh mana Belanjawan 2019 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Lim Guang Eng pada petang Jumaat boleh dipercayai oleh rakyat.

Beliau berkata, keraguan tersebut disuarakan setelah mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak menunaikan manifesto yang dibuat pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

"Semua pihak menunggu dengan penuh debaran dan harapan tentang #Bajet2019 (Belanjawan 2019).

"Persoalannya sama ada bajet ini mampu dipercayai sedangkan manifesto pun tak ditunaikan?

"Rakyat sedang memerhati," tulis Ahmad Zahid menerusi sebuah posting di Twitter pada Jumaat.



Catatan di Twitter yang dimuat naik oleh Ahmad Zahid pada petang Jumaat.

Posting tersebut menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang bersetuju dengan kenyataan bekas timbalan perdana menteri itu, namun tidak kurang juga yang beranggapan kerajaan Barisan Nasional (BN) juga pernah gagal menunaikan manifesto mereka.

Pelayar Twitter, @mdqyp1 berkata, rakyat negara ini terlalu membenci pentadbiran kerajaan lalu seolah-olah prestasi ekonomi, sosial dan politik Malaysia berada pada tahap yang sangat teruk.

"Rakyat Malaysia terlalu benci kerajaan lepas seolah-olah negara ini sudah hancur lebur daripada sudut ekonomi, sosial dan politik.

"Sedangkan negara membangun maju pada hari ini kerana jasa kerajaan lepas. Bagaimana Malaysia nak semakin maju kalau majoriti rakyat tidak bersyukur?," tulisnya pada ruang komen.

Sementara itu, @juju_hyds pula berkata, kenyataan Ahmad Zahid tersebut menunjukkan seperti janji kerajaan BN sebelum ini sudah ditunaikan.



Guan Eng membuat pembentangan Belanjawan 2019 di Parlimen pada petang Jumaat. - Foto Bernama

"YB Zahid berkata-kata seolah janji-janji kerajaan BN dulu dan manifesto sebelum-sebelum ini telah ditunaikan.

"Lagipun apa yang nak harapkan 100 peratus manifesto Harapan (PH) ditunaikan kalau kerajaan baru nak mula (mentadbir)," balas wanita itu.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 30 Mei lalu berkata, janji PH seperti mana yang disenaraikan dalam manifestonya tetap akan ditunaikan walaupun dalam keadaan sukar.

"Kita telah membuat janji-janji dalam manifesto iaitu dalam jangka masa 100 hari kita akan melaksanakan janji-janji ini," kata Dr Mahathir pada satu acara sidang media.

Bagaimanapun, perdana menteri pada 12 Oktober lalu berkata, ikrar lebuh raya bebas tol yang terkandung dalam manifesto pilihan raya PH tidak mungkin dapat diwujudkan.

"Kami mewujudkan manifesto itu dengan memikirkan bahawa kami tidak akan menjadi kerajaan. Sekarang kami adalah kerajaan dan manifesto ini merupakan beban yang besar.


MR : Bajet 2019 bukan Hadis ....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Yang di bentangkan adalah cadangan. Cadangan dan manifesto serupa macam scrap metals, di jual dapat sedikit wang tak dijual ianya tak merugikan cuma berkaratlah ia.

    BalasPadam