Header Ads

ads header

Flash News

PAS ingatkan PPBM jangan takut DAP


PETALING JAYA: PAS memuji sikap Pemuda PPBM dan menganggap ada perkembangan positif berhubung pendiriannya berhubung Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata Pemuda PPBM tidak perlu takut dengan tekanan yang akan diberikan sekutu Pakatan Harapan (PH), khususnya DAP apabila menolak ICERD.

“PPBM perlu menunjukkan sikap yang jelas terhadap isu ICERD. Tidak perlu takut terhadap DAP.

“Kalau tidak ia menunjukkan mereka bersekongkol sekali untuk membuang hak Melayu dan Bumiputra,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas pendirian Pemuda PPBM yang menolak mengesahkan ICERD sekiranya ia melemahkan atau menghakis fungsi dan kesan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, sistem Raja berperlembagaan, kedudukan Islam, dan mana-mana hak termaktub dalam perlembagaan itu.

Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata pendirian itu berdasarkan persefahaman dan ketetapan bersama parti komponen PH untuk meneruskan dan mensejahterakan Malaysia melalui asas dan dasar sedia ada dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pendirian Syed Saddiq turut disokong Pemuda Umno dan berikrar memberi memberi jaminan kepada PPBM bahawa parti Melayu terbesar itu bersamanya apabila mereka berdepan penentangan parti lain dalam PH berhubung isu mengesahkan ICERD.

“Baguslah mereka sudah sedar kemarahan dan keresahan rakyat rentetan daripada Himpunan Bantahan Rakyat terhadap ICERD yang dianjurkan Pemuda Umno, Pemuda PAS dan NGO, Ahad lalu,” kata Ketua Pemuda Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Bagaimanapun pendirian pemuda PPBM itu dibidas peguam dan aktivis Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali Siti Kasim.

Peguam itu dalam catatan di Facebook berkata Parlimen tidak perlukan “dungu” seperti itu, dan menuduh Syed Saddiq mahu meraih kelebihan politik daripada orang Melayu di kawasannya.

Saddiq menerusi kenyataan terbaharunya sekali lagi menegaskan tetap mempertahankan kenyataannya sebelum ini menolak ICERD jika ia bertentangan dengan Perlembagaan.

FMT cuba mendapatkan pemuda DAP bagi mengulas pendirian PPBM berhubung ICERD namun tidak berjaya.

Ketua Pemuda DAP, Wong Kah Woh sehingga kini gagal memberi sebarang komen.

MR :  DAP kan tuan kepada PH


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. .
    Bila majoriti di letaktepikan, meritokrasi di longkangkongkan -- 13 kerusi roda per 113 kerusi roda jadi de facto PiEm -- superioriti (aka:dap) akan mendominasi inferioriti dan di puppetkan.
    .

    BalasPadam