Header Ads

ads header

Flash News

PAS, Umno setuju anjur himpunan bersama bantah ICERD bulan depan


PETALING JAYA: Pemimpin tertinggi PAS dan Umno bersetuju untuk mengadakan perhimpunan bersama bagi membantah rancangan kerajaan mahu meratifikasi satu konvensyen antarabangsa mengenai penamatan diskriminasi kaum.

Keputusan itu diumumkan dalam satu program di Pasir Salak malam tadi yang dihadiri kedua-dua presiden parti itu, iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Kita nak buat perhimpunan aman. Rakyat majoriti berhak bersuara,” kata Hadi kepada lebih 30,000 ahli PAS dan Umno, seperti dipetik lidah rasmi PAS, Harakahdaily.

Kenyataan kerajaan bahawa ia sedang menimbang untuk meratifikasi Konvemsyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) berhadapan bantahan daripada persatuan orang Melayu dan Islam.

Malaysia merupakan antara sebilangan kecil negara yang tidak menandatangani atau meratifikasi triti tersebut.

Triti itu menyediakan mekanisme kepada individu di seluruh dunia membuat aduan tentang, antara lain, isu diskriminasi kaum dan boleh dikuatkuasakan ke atas negara anggota.

Secara khusus, ia menghendaki negara anggota menghapuskan semua bentuk diskriminasi kaum, termasuk dalam institusi awam dan dasar kerajaan – isu yang menjadi teras bantahan kumpulan orang Melayu.

Beberapa kumpulan berkata, ratifikasi ICERD akan menghakis kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera termasuk peruntukan yang membenarkan kuota dalam institusi awam seperti digariskan dalam Perkara 153 perlembagaan persekutuan.

Mereka juga membantah garis masa ICERD ke atas negara anggota bagi menghapuskan program afirmatif, yang menurut mereka merupakan pukulan maut terhadap dasar Bumiputera yang dilaksanakan sejak beberapa dekad lepas.

Dalam program malam tadi, satu kutipan derma dilancarkan bagi membantu membiayai perhimpunan membantah ICERD yang dijadualkan pada 8 Dis depan.

Dalam ucapannya, Hadi berkata, PAS dan Umno telah beberapa kali bekerjasama dalam isu melibatkan orang Islam dan Melayu.

Katanya, Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Dr Burhanuddin al-Helmi, masing-masing merupakan bekas presiden Umno dan PAS, pernah berkongsi pentas di Melaka bagi menuntut kemerdekaan.

Beliau berkata, kedua-dua parti juga pernah bekerjasama berikutan peristiwa pergaduhan kaum 13 Mei 1969.

Dalam pada itu, Zahid mengingatkan tentang protes di seluruh negara oleh orang Melayu sekiranya kerajaan tidak membuat keputusan jelas untuk menolak ICERD.


MR :  Perlu disusun dengan baik agar ini menjadi satu lonjatan yang baik


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. .
    Go-men dulu beri Anei jawatan dalam kabinet dapur -- tak puas hati, merajuk tapi minta dipujuk.

    Go-men baru terhutang body, beri Anei jawatan lebih tinggi -- namun prestasi hambar, tosai hangit, roti-fiksasi jadi pengganti.

    BalasPadam
  2. Wahai umat Islam ( termasuk kaum Melayu), marilah kita semua menentang ICERD dan pakatan munafik liberal-kafir harbi bangsat yang sedang berusaha menghapuskan hak agama Islam dan hak umat Islam termasuk hak kaum Melayu.

    Jika datuk nenek kita menentang Malayan Union dan Parti Komunis Malaya, maka sudah tiba giliran kita pula berjuang menentang musuh Islam.

    BalasPadam
  3. Mereka makin kuat melayu pecah lima.Pecah dan Perintah.Strategi mereka menjadi

    BalasPadam