Header Ads

ads header

Flash News

Pembatalan Pembinaan Dua Buah Masjid Amat Dikesali


Pembinaan projek dua buah masjid di Kg.Parit Hj Ali dan masjid di Kg.Parit Awang ,kawasan Parlimen Ayer Hitam,Johor yang dibatalkan oleh kerajaan PH walaupun telah diluluskan sebelum ini oleh kerajaan terdahulu adalah amat dikesali dan sangat mendukacitakan”kata AJK Dewan Muslimat PAS Malaysia ,Normala Sudirman .

Seharusnya dendam politik dan kebencian terhadap individu atau idealogi politik berbeza tidak harus diamalkan sehingga menyebabkan rakyat dimangsakan dan dinafikan dari mendapat peruntukan masjid baru apatah lagi ianya merupakan tempat ibadat bagi umat Islam.

Ahli Parlimen Ayer Hitam dari BN,YB Dr.Wee Ka Siong berkata di Dewan Rakyat baru -baru ini berkata sepatutnya mereka yang terlibat membatalkan projek ini perlu rasa berdosa kerana menghukum rakyat yang telah mengundi BN dalam PRU 14 yang lalu.

“Kerajaan Pakatan Harapan perlu bersikap professional dan memiliki pendirian telus tanpa bersikap ‘double standard’ ,apa sahaja projek pembangunan yang menguntungkan rakyat dan membawa manfaat kepada penduduk haruslah disokong dan perlu
diberi peruntukan yang sewajarnya bukan membuat tindakan membatalkan apa yang telah diluluskan oleh kerajaan BN terdahulu”kata Normala lagi.

” Justeru ,kerajaan Pakatan Harapan digesa agar memberikan alasan yang konkrit mengapa pembinaan dua buah masjid dibatalkan tanpa sebab sekaligus seolah-olah mahu mendendami pengundi yang tidak sealiran idealogi politik dengan mereka “Kata Normala lagi yang juga merupakan AJK Badan Perhubungan Negeri Johor merangkap Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Johor

MR : Jual agama jual kuasa kerana politik tak bijak....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. krjn negeri johor bersuara dan berani mempertahankan apa yg telah dipersetujui dan bukannya senyap dan menerima pembatalan tersebut. Jangan takut hilang kuasa dan akhirnya agama ditindas oleh kerajaan persekutuan. Beranilah krjn johor tuntut hak rakyat. Ingat ini tanggungjawab sesama manusia dan anda perlu jawab diakhirat kelak.

    BalasPadam