Header Ads

ads header

Flash News

Pendapatan Guan Eng tertinggi dalam senarai SPRM


PETALING JAYA: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendahului 47 ahli Parlimen kerajaan dan barisan Kabinet dalam senarai perisytiharan harta yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Setiausaha agung DAP itu mengisytiharkan pendapatannya berjumlah RM86,464.43 pada 10 Oktober lalu, diikuti Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang mempunyai pendapatan sebanyak RM77,629.68.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di tempat ke-3 dengan pendapatan RM75,861.57.
Pendapatan Ahli Parlimen Petaling Jaya yang juga bekas pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah “paling rendah” dalam kalangan ahli Parlimen parti pemerintah itu, iaitu RM21,000.
Senarai itu tidak menyatakan jenis pendapatan atau kekerapannya, dengan beberapa ahli Parlimen mengisytiharkan pendapatan yang digabungkan dengan pasangan dan anak mereka.

Seorang ahli Parlimen mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM25,700, termasuk elaun, kos pengangkutan dan telefon serta untuk menghadiri mesyuarat.

Maria ketika dihubungi FMT berkata, pendapatan RM21,000 itu berdasarkan apa yang beliau terima pada Mei dan Jun lalu.

Ahli Parlimen kerajaan lain dalam senarai perisytiharan harta seperti berikut:
1. Chow Kon Yeow (RM73,576.15)
2. Tan Sri Muhyiddin Yassin (RM72,276.37)
3. Teresa Kok (RM68,142.66)
4. Datuk Mohammaddin Ketapi (RM67,483.43)
5. Datuk Mansor Othman (RM60,719.00)
6. Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (RM59,065.39)
7. Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (RM59,048.33)
8. Gobind Singh Deo (RM58,100.98)
9. Datuk Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh (RM56,496.31)
10. Datuk Ngeh Koo Ham (RM55,908.33)
11. Datuk Amiruddin Hamzah (RM55,112.00)
12. Dr Xavier Jayakumar (RM53,736.49)
13. Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa (RM53,736.48)
14. Datuk Saifuddin Abdullah (RM52,504.48)
15. Zuraida Kamaruddin (RM51,236.48)
16. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (RM50,253.88)
17. Dr Lee Boon Chye (RM47,000)
18. Ong Kian Ming (RM41,500)
19. Pang Hok Liong (RM39,231)
20. Hannah Yeoh (RM37,882.88)
21. RSN Rayer (RM37,800)
22. Hanipa Maidin (RM36,262.89)
23. Steven Sim (RM35,122.89)
24. Datin Paduka Tan Yee Kew (RM34,772.82)
25. Datuk Liew Vui Keong (RM33,736.48)
26. Chan Ming Kai (RM32,000)
27. Teh Kok Lim (RM31,803)
28. Hasan Bahrom (RM31,700)
29. Tony Pua (RM30,600)
30. Hassan Abdul Karim (RM29,700)
31. Cha Kee Chin (RM29,700)
32. Wong Chen (RM29,200)
33. Alice Lau Kiong Yieng (RM28,700)
34. Willie Anak Mongin (RM26,450)
35. Nik Nazmi Nik Ahmad (RM25,900)
36. Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (RM25,700)
37. Wong Hon Wai (RM25,700)
38. Tan Kok Wai (RM25,700)
39. Khoo Poay Tiong (RM25,700)
40. Syed Ibrahim Syed Noh (RM25,700)
41. Steven Choong Shiau Yoon (RM25,600)
42. Noorita Sual (RM24,500)
43. Wong Shu Qi (-)
44. P Waytha Moorthy (-)


MR : Gaji rakyat marhain nak dinaikan gaji mininum RM1500 pun mereka (PH) kata tak mampu, kencing betul....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

4 ulasan:

  1. Yang mahu dilihat ialah senarai harta tetap, harta boleh alih, saham dan lain2. Itu lebih bermakna.

    BalasPadam
  2. ini yang tersurat .Ada yang tersirat?

    BalasPadam
  3. Pemimpin bermegah-megah dengan pendapatan masing-masing, rakyat merana ditambah lagi dengan cukai baru....Pakatan Hancing asyik nak menghancingkan rakyat.

    BalasPadam
  4. Aku menteri kewangan kau siapa. Hahahhahaha

    BalasPadam