Header Ads

ads header

Flash News

Pendedahan Video: Imej PH Semakin Tercalar



KUALA LUMPUR – Imej Pakatan Harapan (PH) semakin tercalar berikutan satu video temuramah dipercayai membabitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy di Belanda tersebar di media sosial sejak semalam.

Dalam rakaman video yang belum diketahui kesahihannya itu, Waytha Moorthy didakwa menyebut Malaysia sebuah negara yang mendiskriminasi penganut Hindu termasuk memaksa kaum India memeluk agama Islam.

Maklumat yang tersebar di media sosial mendakwa Waytha Moorthy membuat kenyataan itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dalam usaha menjemput sokongan negara asing menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Waytha Moorthy yang juga Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) dilantik sebagai Menteri oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad atas jasanya membantu PH menumbangkan kerajaan BN selepas PRU-14 berlalu pada 9 Mei lalu.

Rakaman video yang terdedah itu menyebabkan beberapa Ikon PH cuba mengambil langkah proaktif bagi ‘mengawal kerosakan’ (damage control) yang berlaku keatas imej gabungan empat parti tersebut.

Penyokong kuat Mahathir, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dalam satu kenyataan semalam meminta jawatan Waytha Moorthy sebagai Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan nasional dan kesejahteraan sosial dilucut serta merta.

“Presiden Hindraf harus dilucut jawatan serta merta sekiranya itu kenyataan serta suara tulen beliau. Waytha Moorthy telah secara sengaja mengkhianti negara,” kata Khairuddin yang dilihat cuba menjarakkan kerajaan PH daripada rakaman video tersebut.

Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin turut membuat kenyataan berhubung rakaman video itu dengan bahasa Inggeris ‘A big liar with an absolute treason to the country’ (Pembohong besar dengan pengkhianatan mutlak ke negara ini).

Waytha Moorthy sebelum ini mengumumkan kerajaan PH dalam usaha meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

ICERD dibantah ramai pihak khususnya pemimpin serta penyokong UMNO dan PAS kerana dikhuatiri bakal menjejaskan hak orang Melayu dan Bumiputera serta agama Islam di Malaysia.

Sebahagian pemimpin PH termasuk beragama Islam menyokong ICERD atas nama hak asasi dan demokrasi. – MYNEWSHUB.TV
MR :  Ini Malaysia Baharu tajaan PH yang sangat rosak


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. .
    bila pecah dan perintah berjaya

    cempedak sudah jadi nangka

    minoriti tambah berperisa

    ramai-ramai menjeruk rasa



    BalasPadam
  2. Hanya pemimpin munafik liberal bangsat dan pemimpin kafir harbi laknatullah yang mahu ICERD dilaksanakan di negara kita untuk menghapuskan hak agama Islam dan hak umat Islam termasuklah hak kaum Melayu sendiri.

    Puak munafik liberal adalah anjing kurap yang menjadi penjilat kafir harbi. Mereka sedang mengkhianati Islam dan umat Islam.

    Tolak pakatan bangsat !!!

    May you all burn in hell !

    BalasPadam
  3. Puak penyokong ph bertanggungjawab menghentam agama islam.

    BalasPadam