Penyokong Afif tak puas hati
SUASANA Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR di Shah Alam, hari ini, bertukar kecoh selepas Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir diumum sebagai Ketua AMK baharu.
Sebaik nama Akmal diumumkan, perwakilan yang tidak berpuas hati melaungkan nama bekas Timbalan AMK, Dr Afif Bahardin, yang turut bertanding jawatan itu.
Selain laungan nama Afif yang tewas kepada Akmal, ada perwakilan yang turut menjerit meminta undian dilakukan semula.
Suasana tegang kembali tenang dan kongres diteruskan selepas perwakilan yang tidak bersetuju keluar dari bilik persidangan.
Terdahulu, Akmal diumumkan sebagai Ketua AMK baharu manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Hilman Idham sebagai Timbalan Ketua AMK.
Senarai Majlis Pimpinan AMK PKR Pusat 2018-2021
Ketua AMK: Akmal Nasrullah Mohd Nasir
Timbalan Ketua AMK: Hilman Idham
Naib Ketua AMK:
1. Jestin Raj Savarimuthu
2. Mohd Nazree Mohd Yunus
3. Thiban A/L Subbramaniam
Ahli Majlis Pimpinan AMK Pusat:
1. Ahmad Khairul Mohamed Noor
2. Athina Klaywa Sim
3. Dr. Ahmad Kusyairi Khalid
4. Kamis Burhan
5. Khairul Anuar Musa
6. Mohd Aizuddin Ariffin
7. Mohd Akmal Hisyam Ahmad Tamyiz
8. Mohd Faizal Mohd Yusak
9. Mohd Firdaus Yusof
10. Mohd Izad Buqhary Mohd Kamri
11. Mohd Saifullah Mohd Zulkifli
12. Muhamad Affandi Abdul Malik
13. Muhamad Aiman Aizuddin Md Husin
14. Muhamad Saiful Bahari Sahari
15. Muhammad Arif Mukhtar
16. Nagarajan A/L Kaniappan
17. Nik Mohd Faris Syazwan Zainuzzaman
18. Ong Jing Cheng
19. Sarawanan A/L Selvarajoo
20. Wan Mohamad Fitri Wan Abdul Rahim
Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
❐ Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
❐ BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
kalau gini cara lebah baik umno dari pkr
BalasPadam