Header Ads

ads header

Flash News

PH memerintah Lynas pun bersih macam Lim Guan Eng


PETALING JAYA: Pegawai dari pelbagai jabatan kerajaan merumuskan bahawa operasi Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Pahang, mematuhi semua kriteria dan syarat keselamatan yang ditetapkan.

Faizal Mohd Yusof, yang merupakan pengarah kanan Bahagian Dasar Pelaburan dan Fasilitasi Perdagangan di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga mewajarkan pengecualian cukai 12 tahun kepada Lynas, memandangkan manfaatnya kepada negara.

Beliau berkata, Lynas memenuhi syarat 10 faktor untuk diberikan lesen kilang pada awal 2008, termasuk syarat berkaitan alam sekitar.

Katanya, faktor lain termasuklah teknologi, kesan positif ke atas rantaian perbekalan dan jumlah pelaburan.

Beliau berkata, syarikat tersebut menawarkan pekerjaan kepada penduduk tempatan dan memberi mereka peluang mengembangkan kemahiran dan pengetahuan.

Faizal merupakan antara pegawai yang menyampaikan dapatan mereka pada satu pendengaran awam yang diadakan oleh Jawatankuasa Eksekutif Penilaian Operasi dan Penstoran Residu Lynas Material Plant yang ditubuhkan Oktober lepas untuk menyemak semula operasi LAMP.

Pendengaran awam yang diadakan di Bukit Gambang Resort City Kuantan itu disiarkan secara langsung melalui Facebook Live di laman rasmi Kementerian Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), hari ini.

Jawatankuasa itu diwujudkan bagi memastikan Malaysia tidak menjadi destinasi pembuangan sisa toksik dari negara lain.

Ketua pegawai eksekutif syarikat yang disenaraikan di Australia itu, Amanda Lacaze, menyuarakan keyakinan bahawa Lynas akan lulus semakan semula alam sekitar yang diarahkan oleh kerajaan Pakatan Harapan itu.

Produk utama kilang berkenaan, iaitu neodymium dan praseodymium digunakan dalam magnet motor yang menggerakkan kerusi dan tingkap automatik kereta, motor bagi kenderaan hibrid dan magnet dalam produk elektronik seperti DVD dan pacuan cakera keras.

Dalam siaran langsung itu juga, seorang pegawai Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) berkata, bahan radioaktif boleh ditemui secara semula jadi dalam persekitaran.

Beliau menjelaskan, sebelum diberikan lesen, AELB mempunyai mekanisme komprehensif bagi menentukan sama ada sesebuah kilang kimia memenuhi syarat lesen tersebut.

“Standard yang digunakan di Malaysia bukanlah sebarangan standard, sebaliknya kita mematuhi piawaian antarabangsa.

“Selain itu, dalam kes Lynas kita juga menubuhkan sebuah jawatankuasa awam sebelum memberikan lesen kepada mereka pada 2012,” katanya.

Pegawai itu juga berkata, lesen operasi sementara (TOL) diberikan kepada Lynas hanya selepas ia didapati mematuhi semua kriteria yang dikehendaki oleh semua peringkat pihak berkuasa.

Kriteria tersebut termasuklah mengemukakan pelan tapak, fi keselamatan nuklear sebanyak AS$50 juta (RM209 juta) dan membenarkan konsultan bebas memeriksa tapak berkenaan sepanjang tempoh TOL.

Dalam pada itu, pegawai dari Jabatan Alam Sekitar Pahang berkata, kakitangannya menjalankan pemeriksaan kualiti alam sekitar seperti digariskan di bawah Penilaian Kesan Alam Sekitar kilang tersebut, dan mendapati Lynas mematuhi semua standard yang ditetapkan.

Berhubung kebimbangan tentang penemuan sisa logam berat di tanah pertanian berhampiran, pegawai itu berkata, kajian yang memeriksa sisa logam berat yang ditemui dalam produk pertanian seperti minyak sawit mendapati “keputusan yang positif”.

Ketika menjawab inkuiri jawatankuasa bebas itu berkenaan mutu air akibat buangan kimia, pegawai itu berkata, kewujudan tapak industri di sepanjang Sungai Balok sebaliknya telah meningkatkan mutu air berikutan penggunaan teknologi rawatan air berteknologi tinggi.

“Lynas sendiri menggunakan sistem rawatan yang canggih. Isipadu buangan kimia tidak pernah menjadi isu kerana ia mematuhi semua standard yang ditetapkan.”

Pegawai dari Kementerian Kesihatan berkata, terlalu awal untuk menentukan sama ada pencemaran dari kilang Lynas boleh menyebabkan mana-mana jenis kanser.

Sementara itu, pegawai dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) juga bersetuju bahawa Lynas mematuhi semua obligasinya.

“Mereka mematuhi semua kriteria keselamatan pekerjaan.”

Dari segi pengendalian kimia berbahaya, walaupun terdapat risikonya, ia mendapati langkah keselamatan perlu yang mencukupi telah diambil.

Dari sudut pencemaran, debu dan kabus minyak galian yang terhasil sebagai keluaran sampingan dari aktiviti kilang, pegawai itu berkata, kadar pelepasannya adalah rendah.

“Bahaya kimia di kilang itu menunjukkan kemungkinan kesan negatif terhadap sistem pernafasan dan kulit, bagaimanapun keadaan itu turut wujud di mana-mana kilang lain.”

Pegawai DOSH itu berkata, terdapat 10 kes kemalangan sepanjang 6 tahun kilang Lynas beroperasi. Pada 2018, 5 kes kecederaan dilaporkan.

Bagaimanapun beliau memberi jaminan bahawa kecederaan yang dilaporkan, yang melibatkan percikan kimia atau terjatuh, adalah kemalangan biasa di kilang atau tapak industri lain.



MR :  Sama juga pimpinan UMNO yang berdosa boleh sucikan diri bersama BERSATU


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan