Header Ads

ads header

Flash News

Pluralisme: Majlis Doa bersama Islam, Kristian, Buddha, Hindu,Sikh di Seremban semalam


PENGANUT lima agama dan kepercayaan berkongsi pentas di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Seremban, hari ini bagi menjayakan Program Perpaduan Dalam Kepelbagaian dengan membacakan doa untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

Lima wakil memperdengarkan doa kepada 300 hadirin membabitkan penganut Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh.

Program anjuran Sathya Sai International of Malaysia bermula 6.30 petang hingga 10 malam bertujuan memupuk kesepakatan dalam kepelbagaian kaum dan agama bagi mewujudkan kehidupan harmoni.

Menurut jurucakap penganjur, wakil agama bergilir-gilir membacakan doa bagi kesejahteraan kehidupan rakyat dan negara.

"Pada malam ini wakil Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang mewakili masyarakat Islam membacakan doa dalam bahasa Arab untuk didengari kepada bukan Islam.

"Begitu juga wakil agama Hindu, Buddha, Kristian dan Sikh memperdengarkan doa bertujuan memupuk kesepakatan," katanya.

Program itu sepatutnya dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan dan Integrasi Nasional), P Waytha Moorthy namun beliau tidak hadir.

Menurut penganjur lagi, pada majlis sama semua yang hadir membabitkan pelbagai kaum menyalakan pelita dan lilin bagi menunjukkan perpaduan di negara ini.

"Walaupun rakyat Malaysia menganut pelbagai agama, kita tetap bersatu dan muafakat," katanya.

Dalam program itu turut diadakan persembahan kebudayaan iaitu paluan kompang, dikir muhibbah dan nyanyian oleh kumpulan mewakili Tzu Chi, Bahai, Sikh, Kristian dan Sathya Sai.

------------------

Apa Itu Pluralisme?
‘Pluralisme agama’ merupakan fahaman yang menyamaratakan semua agama. Fahaman ini turut didukung oleh sekelompok umat Islam yang dikenali sebagai penganut ‘Islam Liberal’. Aliran atau manhaj Islam Liberal menekankan ciri keterbukaan dan kebebasan dengan mengutamakan akal logik dalam mentafsir ajaran Islam. Aliran ini berusaha untuk keluar daripada kaedah pentafsiran ilmu tradisi serta apa yang sedia ada dalam syariat Islam yang asli dan tulen.


Mereka mempertikaikan ilmu-ilmu turath (warisan Islam) sehingga melibatkan al-Quran dan al-Hadis. Penganut Islam Liberal menyatakan al-Quran yang ada sekarang bukan wahyu Tuhan ynag asli tetapi ia adalahciptaan Nabi Muhammad. Bagi mereka hadis-hadis adalah saling bertentangan sehingga tidak dapat dipastikan kebenarannya. Kenyataan mereka itu persis seperti tuduhan orientalis Barat.

Dalam mentafsir dan menilai semula hukum hakam agama, mereka mengguna pakai tafsiran ulama-ulama yang telah ditolak oleh jumhur ulama muktabar yang menggunakan disiplin ilmu yang benar. Islam dianggap sama dengan agama-agama lain adalah terbuka untuk dikritik dan ditinjau kembali.

Pluralisme agama mendakwa semua agama adalah bersifat relatif. Justeru, tidak ada satu agama pun yang berhak mendakwa agamanya adalah benar dan mutlak. Mereka menganggap semua agama mempunyai tujuan yang satu iaitu membawa manusia kepada keselamatan di akhirat. Ia amat bercanggah dengan apa yang disebut al-Quran bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang benar dan diterima di sisi Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “ Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepada-Nya berserah diri segala apa yang ada di langit dan di bumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan hanya kepada Allah mereka dikembalikan”(Surah Ali-Imran, ayat 83).

Pada tahun 2005 Majlis Fatwa Ulama Islam Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa mengharamkan Pluralisme Agama. Pada tahun 2006, Muzakarah Ulama Se-Malaysia turut mengharamkan fahaman tersebut. Pengharaman tersebut adalah wajar kerana doktrin yang dibawa oleh Pluralisme Agama memang menyesatkan.

Pengasas Pluralisme Agama, John Hick, Professor Teologi di Claremont Graduate School California USA mengajarkan semua agama menuju ke satu titik pusat, iaitu ‘Realiti Tunggal’ (Tuhan) tetapi tuhan itu dijelmakan dalam pelbagai bentuk dan cara tertentu mengikut ajaran agama masing-masing.

Fahaman ini turut dikembangkan oleh sekelompok pemikir Kristian seperti Raimundo Panikkar, Wilfred Cantwell Smith dan Fritjhof Schuon dan John L. Esposito (Dr. Anis Malik Thoha, 2010).

Tidak kurang juga ramai di kalangan sarjana Islam sendiri menjadi pendukung Islam Liberal. Antaranya bekas professor di Universiti Kahirah (Mesir), Nasr Hamid Abu Zayd, manakala di Tunisia terdapat tokoh bernama Ali Harb. Sarjan-sarjana Islam lain termasuklah Sayyed Hussein Nasr, Mohamad Arkoun, Hasan Hanafi dan Amina Wadud.

Di Indonesia, Nurcholish Madjid (Cak Nur) adalah pengasas Islam Liberal yang disertai beberapa tokoh terpelajar seperti Ulil Abshar Abdalla, Abdul Munir Mulkhan, Sukudi, Alwi Shihab, Budhy Munawar rahman, Azyumardi Azra, Nassarudin Umar dan ramai lagi. Hampir kesemua tokoh-tokoh itu pernah mendapat didikan di negara Barat dan ada yang pernah berkhidmat di institusi-institusi pengajian Barat.

Nurcholish Madjid telah mengubah makna Kalimah Syahadah dengan pengertian “Tidak ada tuhan kecuali Tuhan” dengan tafsiran pengertiannya bahawa menyembah Tuhan yang mana sekali pun adalah benar kerana hakikatnya semuanya menuju ke satu titik pusat, iaitu “Hakikat Yang Tunggal”. Bagi mereka, semua agama adalah cabang-cabang yang berasal dari pohon yang sama.

Di Malaysia, gerakan pluralisme agama belum begitu ketara. Namun, ianya dipercayai mempunyai pengikut di kalangan mereka yang terpelajar dan berpengaruh, khususnya di kalangan mereka yang rapat dengan Barat. Perkara ini pernah didedahkan oleh Dr. Yusri Mohamad dan Dr. Muhammad ‘Uthman El-Muhammady semasa ‘Wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah’ tahun 2010. Dalam usaha menyebarkan fahaman pluralisme agama di negara ini, mereka sangat berhati-hati dengan tidak menyebarkannya secara terang-terangan.

Kesimpulan, pluralisme agama mencetuskan banyak percanggahan dalam syariat Islam. Mereka menganggap tidak ada satu pun aspek syariat Islam yang suci kerana menurut mereka syariat adalah hasil ciptaan manusia.

Oleh itu, tidak hairanlah aliran ini mengizinkan perkahwinan berlainan agama. Malah, lebih ekstrem lagi mereka turut memperjuangkan hak golongan homoseksual seperti yang diperjuangkan oleh Gerakan Islam Liberal di Indonesia. – BH 4 Feb 2012


MR :  Makin hari makin tersesat geng PH ni termasuk pasrti Islam Liberal AMANAH


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Katakan Allah itu Esa.Tempat meminta.Tidak beranak dan diperanakkan.Tiada sekutu baginya.

    BalasPadam
  2. Ini yang geng pakatoons suka sangat ni. sampai guling2 sukanya

    BalasPadam