Header Ads

ads header

Flash News

RM400 bilion


Kerajaan PH menjarah Petronas membayar dividen RM54 bilion. Pada masa ini, Petronas mampu bayar kerana rizab mereka yang ditinggalkan kerajaan BN setinggi RM147 bilion pada akhir Mac 2018.

Kenapa rizab Petronas tinggi? Antara sebabnya, kerajaan dulu tidak paksa Petronas untuk bayar dividen setinggi itu dan kita berjaya selesaikan isu perjanjian legasi Penjanaan Tenaga Bebas (IPP) berat sebelah pada 2012.

Sebab itulah, isu IPP ini tak lagi jadi bahan propaganda PH selepas tahun 2013 walaupun sebelum itu mereka sering timbulkan isu ini dan dakwa kerajaan hilang RM20 bilion hingga RM30 bilion setiap tahun.


Selepas 1MDB ambil alih banyak IPP dan jadi syarikat IPP kedua terbesar di Malaysia, ini membolehkan kerajaan untuk mengadakan tender terbuka buat kali pertamanya dalam sejarah pada bulan September 2012 untuk perjanjian IPP.

Dengan kuasa pasaran yang kini ada pada 1MDB dan dengan lanjutan kerajaan, 1MDB adalah pembida terendah untuk setiap bidaan PPA baru atau pembaharuan yang dimasukinya. Ini beri kesan untuk memaksa pembida lain untuk turut menurunkan harga mereka juga - sekaligus menghapuskan isu legasi perjanjian berat sebelah.

Selama lebih 15 tahun sebelum tahun 2012, Petronas dipaksa memberi subsidi dan membekal gas kepada IPP dengan harga sangat murah. Sebagai contoh, harga gas dikenakan Petronas kepada IPP pada tahun 2009 hanya RM6.40 setiap MMBtu.

Ini menyebabkan Petronas menanggung kerugian lebih dari RM10 bilion setiap tahun.

Setelah tahun 2012, harga gas Petronas kepada IPP dapat dinaikkan secara berperingkat kepada RM22.70/MMBtu pada tahun 2017. Oleh itu, kerugian Petronas untuk subsidi ini yang antara RM13 bilion hingga RM15 bilion setiap tahun dapat dikurangkan kepada RM1 bilion atau RM2 bilion setahun.

Penjimatan subsidi gas kepada IPP bebas jelas dinyatakan di dalam laporan tahunan Petronas. Satu angka yang tidak dapat dinafikan dan itu juga sudah didedahkan sebelum ini tetapi ramai tak mahu membaca dan memahami.

Pada masa yang sama, TNB juga tidak perlu membayar harga yang tinggi kepada IPP bebas dan ini membolehkan TNB membuat keuntungan tertinggi setiap tahun dan bukannya kerugian seperti dahulu sehingga memerlukan kerajaan untuk "bail-out".

KWSP, PNB dan Tabung Haji adalah antara pemegang saham utama TNB. Pembayaran dividen dan harga saham yang lebih tinggi akan secara langsung memanfaatkan pemegang dana yang disebut – iaitu rakyat Malaysia.

Saya difahamkan bahawa saya dikecam kerana selepas masalah IPP berat sebelah ini telah diselesaikan,1MDB menjual IPP-IPP ini melalui tender terbuka yang dimenang oleh syarikat Cina dan ia disamakan jual negara.

Perlu diingatkan ialah sebelum 1MDB mengambil alih, IPP-IPP ini bukanpun milik kerajaan tetapi milik pihak swasta yang sering dikatakan ialah kroni-kroni satu orang itu.

Adakah ianya lebih baik untuk rakyat jika IPP dimiliki oleh pihak swasta dengan perjanjian berat sebelah dan menyusahkan negara dan rakyat ataupun dimilik oleh syarikat antarabangsa dengan perjanjian yang adil? Mana satu?

Adalah sangat ironi yang mereka kata saya merompak dan menyamun dengan 1MDB padahal fakta menunjukkan Petronas dan TNB mendapat faedah sebanyak RM20 bilion setiap tahun iaitu nilai kerugian yang sering disebut oleh PH pada masa dahulu.

Jika kira selama 20 tahun , iaitu tempoh purata perjanjian IPP, sudahpun RM400 bilion.

NAJIB RAZAK


MR : Apa pun rakyat dak kena kencing


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Sakit??!! Kenapa Kita Masih Sakit?!

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. .
    Jika ditoleh belakang, Parti Melayu telah mensia2kan peluang untuk meraih batuan politik dalam isu royalti minyak sebaliknya batuan itu jadi milik PH pada PRU 14.

    BalasPadam
  2. kalau dulu Najib caakap saperti ini kan elok ini.saya rasa factor utama jawaban beliau tentang derma itu tak memuaskan rakyat termasok dunia luar .duit beloah masok kan account peribadi ini punca nya. big mistake.hingga kalah terok bn.

    BalasPadam