Header Ads

ads header

Flash News

Rombakan Kabinet: Maszlee, Rina Tersingkir, Mustapha Kembali?


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka melakukan rombakan kabinet bulan depan sebelum tahun baru 2019 bagi melicinkan lagi jentera kerajaan.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun antara yang khabarnya bakal digugurkan.

Dr. Mahathir dilaporkan sangat tidak berpuas hati dengan prestasi beberapa orang menteri dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), namun hanya akan mengugurkan dua menteri ini. Beliau mahu melakukan perubahan segera sebelum keadaan menjadi tidak terkawal.

Kuota parti Bersatu ini bakal diganti oleh Ahli Parlimen Jeli, Dato’ Seri Mustpaha Mohamed dan Ahli Parlimen Sr Gading, Datuk Dr Shahruddin bin Md Salleh. Pada masa ini Dr Shahruddin merupakan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.

Mustapha dijangka akan dilantik sebagai Menteri Ekonomi menggantikan tempat Datuk Seri Azmin Ali yang akan dipindahkan ke Kementerian Pendidikan. Manakala Dr Shahruddin akan mengambil alih tempat Rina Harun di Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Dr Maszlee dan Rina sebelum ini adalah antara 13 yang terawal dilantik menganggotai barisan kabinet dan mengangakat sumpah jawatan pada 21 Mei 2018.

Ia disusuli pelantikan 13 lagi menteri pada 2 Julai lalu menjadikan jumlah keseluruhan menteri dalam Kabinet Dr Mahathir seramai 26 orang.
MR :  Nanti ada yang kena singkir


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

4 ulasan:

  1. Kesian dah penat lelah berjuang tiba masa kena tendang.Ini akibat orang yang suka lupa diri .

    BalasPadam
  2. .
    Bila janji dibohongi, lebih banyak pembohongan2 diperlukan untuk menutupi pembohongan2 yang sebelumnya. Bila ia jadi lingkaran tertutup, tiada pilihan buat MahaDerga selain memutuskan cycle berkenaan. Ada jugak pitiful nya tapi pendidikan tidak boleh dikompromi oleh 'aura' yang mengatasi prestasi.

    BalasPadam
  3. Rakyat sudah rasa meloya dan fed up dengan KERAjaan pakatan syiah-liberal-kafir harbi yang hanya pandai menambahkan beban rakyat !

    Dasar cekik darah rakyat:

    GST --> SST --> harga barangan keperluan mahal atau meningkat !

    Rakyat masih beratur bayar PTPTN dan tol lebuhraya.

    Rakyat masih membayar minyak RM2.20 seliter bukan RM1.50.

    Mana janji 1 juta jawatan kosong jika pakatan memerintah?

    Ekonomi, pelaburan, nilai ringgit dll merundum !

    Hak agama Islam dan hak umat Islam ditindas !

    Pelbagai janji pakatan telah ke laut dan rakyat juga yang kena kencing hancing kaw kaw !!!

    BalasPadam
  4. sekarang dah pertengahan 2019.. apa komen anda semua tentang berita ini?

    BalasPadam